Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Pemenang anugerah Puskas

Siapakah pemenang 11 anugerah Puskas sebelum ini?

Siapakah yang tidak suka menyaksikan jaringan gol cantik? Pada tahun 2009, FIFA telah memperkenalkan anugerah Puskas untuk memberi pengiktirafan kepada penjaring gol tercantik. Manakala nama anugerah Puskas itu pula diberi sempena penghormatan kepada legenda bola sepak Hungary dan Real Madrid, Ferenc Puskas.

Namun Lionel Messi yang merupakan nama besar dalam arena bola sepak ketika ini masih tidak pernah memenangi anugerah tersebut, walaupun namanya paling banyak kali dicalonkan. Oleh itu, mari kita lihat senarai 11 orang pemenang yang pernah memenangi anugerah Puskas tersebut.

2009 – Cristiano Ronaldo
Manchester United menentang Porto. Jaringan ini dijaringkan oleh Cristiano dengan sangat kencang dari jarak jauh.

2010 – Hamit Altıntop
Turkey menentang Kazakhstan. Penyerang kebangsaan negara Turkey ini menjaringkan gol dari luar kotak penalti setelah menerima hantaran daripada sepakan penjuru.

2011 – Neymar
Santos menentang Flamengo. Neymar menggelecek beberapa pemain Flamengo dari kawasan tengah padang sebelum menjaringkan gol yang cantik.

2012 – Miroslav Stoch
Fenerbahce menentang Genclerbirligi. Miroslav Stoch melakukan rembatan tepat ke arah gawang gol pihak lawan setelah menerima hantaran daripada sepakan penjuru.

2013 – Zlatan Ibrahimovic
Sweden menentang England. Kesilapan pemain pasukan England membolehkan Zlatan menjaringkan gol yang bersahaja dengan penuh cantik dari luar petak penalti.

2014 – James Rodriguez
Colombia menentang Uruguay. Salah satu jaringan cantik dari James Rodriguez ketika Piala Dunia FIFA 2014, dan membolehkan dia memenangi anugerah ‘Kasut Emas’ dalam kejohanan tersebut.

2015 – Wendell Lira
Goianesia menentang Atletico Goianesia. Jaringan gol ini dianggap sebagai satu kisah dongeng oleh Wendell Lira sendiri.

2016 – Mohd Faiz Subri
Penang menentang Pahang. Faiz Subri menjaringkan gol melalui sepakan percuma yang dianggap sebagai menentang hukum fizik.

2017 – Olivier Giroud
Arsenal menentang Crystal Palace. Kerjasama sepasukan yang cantik daripada pasukan Arsenal, sebelum membolehkan Giroud menjaringkan gol dengan menggunakan tumit kaki.

2018 – Mo Salah
Liverpool menentang Everton. Salah berjaya menggelecek pemain pertahanan Everton sebelum menjaringkan gol.

2019 – Daniel Zsori
Debrecen menentang Ferencvaros. Daniel Zsori menjaringkan gol melalui aksi sepakan akrobatik.

Pemain paling banyak dicalonkan untuk anugerah Puskas
● Lionel Messi – 7 kali
● Neymar – 5 kali
● Zlatan Ibrahimovic – 4 kali

Baca artikel: FIFA dedahkan senarai pemain terbaik 2020

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!