Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

HONOR X9b 5G

HONOR X9b 5G terima sambutan luar biasa

Pratempahan HONOR X9b 5G telah menerima sambutan luar biasa dengan tempahan bernilai lebih RM10 juta. HONOR X9b 5G berjaya mencuri perhatian ramai kerana merupakan telefon pintar Tahan Lasak Setiap Sudut.

HONOR X9b 5G ditawarkan pada harga RM1,499, didatangi dengan hadiah bernilai sehingga RM759, termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan fon telinga HONOR CHOICE Earbuds X5.

Apa yang menjadikan HONOR X9b unik?

1. Kekuatan dinaik taraf: Melebihi had ketahanan
HONOR X9b 5G tahan lasak 360° dan merupakan telefon pintar pertama di dunia untuk menerima pensijilan Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut daripada SGS Switzerland. Rintangan jatuh telefon pintar ini ditambah baik daripada 1 meter kepada 1.5 meter dan melindungi setiap sudut paparan lengkung OLED Ultra Tahan Lasak.

Berbanding pendahulunya, ketahanan paparan HONOR X9b 5G telah ditingkatkan tiga kali ganda, menjadikannya telefon HONOR paling lasak setakat ini. Peminat pasti berpuas hati dengan penaiktarafan Perlindungan Skrin Retak Bahagian Depan & Belakang 365 Hari.

2. Bateri yang dinaik taraf: Bateri 5800mAh terbesar dalam segmen 
Dengan berat keseluruhan 185g serta kenipisan sehingga 7.98mm, peranti ini dikuasakan dengan bateri berkapisiti 5800mAh. Ia cukup untuk menghidupkan peranti ini sehingga 3 hari, dengan penggunaan biasa, 19jam video tanpa henti, 12 jam permainan mudah alih, atau 22 jam melayari media sosial dengan hanya sekali pengecasan.

3. Prestasi storan dan cipset yang lebih baik
HONOR X9b 5G hadir dengan 12GB RAM dan 8GB HONOR RAM Turbo, serta penstoran ROM 265GB. Ia juga dinaiktaraf dengan penstoran dalaman 256GB berkelajuan UFS 3.1 yang lazim ada pada telefon pintar premium.

4. Paparan yang dinaiktaraf: Paparan resolusi tinggi 1.5K yang melindungi mata
HONOR X9b 5G mengetengahkan Paparan Resolusi Retina 1.5K, 6.78 inci yang menawan, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan setinggi 1200nits. Penglihatan lebih selesa terjamin dengan ciri-ciri perlindungan mata seperti Pemalapan PWM 1920Hz, Paparan Malam Sirkadia, Pemalapan Dinamik, dan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland.

5. Kamera Ultra 108MP
Kamera Ultra Jelas 108MP yang memberi hasil rakaman yang sangat jelas serta menampilkan teknologi Millisecond Capture, bakat fotografi anda terserlah dengan tangkapan yang lancar dan tepat.

6. Cipset yang dinaiktaraf: Prestasi tiada tandingan
Cipset baharu Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 yang baru diperkenalkan di Malaysia bersama Qualcomm® Kryo™ CPU dan Adreno™ GPU. Cipset tersebut meningkatkan kepantasan HONOR X9b sebanyak 40% untuk prestasi GPU yang lebih laju, dan 35% peningkatan kecekapan CPU.

7. Rekaan yang dinaiktaraf: Ketahanan dan keanggunan
HONOR X9b 5G memiliki ciri-ciri Rekaan Dwi Bulatan Klasik yang ikonik, dan warna jingga menawan Sunrise Orange yang dihasilkan daripada kulit vegan, serta memberikan sentuhan elegan kepada telefon pintar tersebut. Bahkan ia juga bebas kesan cap jari bagi pengguna yang tidak gemar menggunakan sarung telefon pintar.

Semua penaiktarafan menakjubkan tersebut pada HONOR X9b 5G boleh didapati pada harga menarik RM1,499. Jangan tunggu lagi, dapatkan HONOR X9b 5G sekarang sebelum habis terjual! Untuk maklumat lanjut boleh layari .

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!