Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

KFC menukar nama

Sebab sebenar mengapa KFC menukar nama?

Menguruskan perniagaan sememangnya sesuatu yang sukar, selain reputasi dan jenama yang boleh dikatakan sebagai suatu perkara utama dalam sesebuah perniagaan. Setelah beberapa dekad dikenali sebagai Kentucky Fried Chicken, mereka menukar nama menjadi KFC pada tahun 1991.

Mengapakah mereka menukar nama tersebut? Mereka mengakui bahawa mereka juga tidak begitu pasti mengapa mereka memilih perubahan tersebut, sehingga ia menimbulkan pelbagai khabar angin.

Apakah sebab sebenarnya? Secara teknikal, KFC masih merupakan Kentucky Fried Chicken, dan mereka masih memiliki nama tersebut sebagai tanda dagangan berdaftar.

Menurut khabar angin, mereka ingin membuang perkataan “fried” (goreng) supaya pelanggan yang mementingkan kesihatan tidak terfikirkan mengenai kandungan lemak yang terdapat pada ayam goreng.

Anehnya, khabar angin tersebut dimulakan sendiri oleh KFC. Menurut portal Snopes, ia merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pegawai perhubungan awam mereka sendiri. Mereka mendakwa bahawa mereka benar-benar menawarkan beberapa menu sihat dan berusaha untuk lebih peka terhadap kesihatan.

Ia memang kedengaran seperti alasan yang kukuh untuk membuat penjenamaan semula. Tetapi bukan keseluruhan cerita itu adalah kebenarannya.

KFC vs Kentucky

Pada tahun 1990, setahun sebelum KFC dijenamakan semula, sebuah negeri bernama Kentucky di Amerika Syarikat telah melakukan sesuatu yang pelik. Negeri tersebut cuba menyelesaikan masalah hutang mereka dengan mendaftarkan tanda dagang untuk nama mereka. Jadi sesiapa sahaja yang menggunakan perkataan Kentucky, harus membayar yuran perlesenan kepada mereka.

Kentucky Fried Chicken ketika itu telah menghabiskan masa selama satu tahun untuk berunding dengan negeri tersebut. Secara dasarnya, ia adalah sesuatu yang sangat pelik jika mereka perlu membayar yuran untuk menggunakan nama yang mereka telah daftar sebagai tanda dagang selama beberapa dekad.

Selepas itu, kita semua tahu Kentucky Fried Chicken telah menjadi KFC, dengan memperkenalkan perubahan nama bersama reka bentuk baharu pada pembungkusan dan logo mereka.

KFC dan Kentucky akhirnya menyelesaikan masalah tersebut pada tahun 2006, dengan mempersetujui bahawa KFC boleh terus menggunakan nama asalnya.

Tetapi pada tahun 2016, masalah yang hampir sama berlaku sekali lagi. Kali ini, Universiti Kentucky mendakwa mereka memiliki tanda dagang untuk perkataan ‘Kentucky’.

KFC pula menyatakan, nama baharu mereka itu adalah lebih mudah untuk disebut ketika mulut penuh. Malah orang ramai juga telah lebih mengenali mereka dengan nama KFC.

Menurut Harvard Business Review, banyak syarikat yang memendekkan nama mereka menggunakan akronim seperti NPR, YMCA, AARP dan BP. Manakala Wisconsin Tourism Federation (Persekutuan Pelancongan Wisconsin) terpaksa menukar nama mereka kepada Tourism Federation of Wisconsin, kerana mahu menukar singkatan akronim ‘WTF’ yang menjadi bahan gurauan netizen di internet pada tahun 2009, kepada singkatan akronim ‘TFW’.

Ayam Mutasi

Kembali kepada KFC, terdapat satu lagi khabar angin yang berlaku pada masa dahulu. Ada yang mengatakan KFC terpaksa mengubah nama kerana tidak boleh menggunakan perkataan “Chicken” (ayam). Ia kerana mereka tidak boleh menggambarkan produk mereka sebagai ayam kerana ia bermaksud ayam.

Khabar angin tersebut menjadi semakin dasyat sehingga ada yang mengatakan KFC membiakkan ayam yang bermutasi dan memiliki empat, enam atau lapan kaki untuk dibekalkan kepada semua restoran mereka.

KFC Canada yang mengesan emel berantai palsu tersebut, ia menyatakan kajian yang dilakukan oleh University of New Hampshire mendapati KFC sebenarnya menggunakan organisma yang dimanipulasi secara genetik. Organisma tersebut hanya hidup dengan menggunakan bantuan tiub dan pam yang menyalurkan darah ke seluruh badan mereka. Ia juga menyatakan ayam mutasi tersebut tidak mempunyai bulu, kaki, atau paruh, selain struktur tulang mereka juga telah hancur untuk menghasilkan lebih banyak daging.

Baca artikel: Perbezaan 11 logo popular pada masa dahulu & sekarang

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!