Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2020

📷 : Twitter @FIFAcom

Robert Lewandowski menangi anugerah FIFA sebagai Pemain Lelaki Terbaik 2020

Robert Lewandowski telah dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik FIFA untuk tahun 2020, dengan menewaskan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Lewandowski membantu Bayern Munich untuk memenangi piala treble pada musim lalu, dengan menjaringkan 55 gol dalam musim itu, termasuk 34 gol dalam Bundesliga, 15 gol di Liga Juara-Juara dan 16 gol di DFB-Pokal.

“Saya merasa hebat. Saya sangat bangga dan gembira, kerana jujur ​​ini adalah hari yang terbaik untuk saya, dan juga untuk kelab dan rakan sepasukan saya.” – Robert Lewandowski

Manakala rakan sepasukan Lewandowski, Manuel Neuer memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik 2020.

Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp pula memenangi anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik untuk tahun kedua berturut-turut setelah membawa pasukan The Reds meraih gelaran Liga Perdana Inggeris pada musim lepas.

Untuk kategori wanita, pemain terbaik dimenangi oleh pemain kebangsaan England, iaitu Lucy Bronze. Sementara jurulatih wanita terbaik dimenangi oleh Sarina Wiegman.

Lima pemain Liga Perdana Inggeris dinamakan dalam Pasukan Terbaik FIFA, termasuk empat dari pasukan Liverpool. Alisson, Virgil van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan Thiago Alcantara yang juga bermain untuk Bayern Munich pada tahun 2020, turut disertai oleh Kevin de Bruyne dari Manchester City. Sergio Ramos, Alphonso Davies, Joshua Kimmich, Messi, Ronaldo dan Lewandowski melengkapkan senarai pasukan tersebut.

Anugerah gol Puskas pula dimenangi oleh penyerang pasukan Tottenham, iaitu Son Heung-min berikutan gol solonya yang luar biasa ketika menentang Burnley.

Senarai pemenang anugerah FIFA

  • Penjaga gol wanita: Sarah Bouhaddi (Lyon)
  • Penjaga gol lelaki: Manuel Neuer (Bayern Munich)
  • Anugerah Puskas: Son Heung-min (Tottenham)
  • Jurulatih wanita: Sarina Wiegman (Belanda)
  • Jurulatih lelaki: Jurgen Klopp (Liverpool)
  • Anugerah permainan adil: Mattia Agnese
  • Anugerah peminat: Marivaldo Francisco da Silva
  • Pasukan lelaki: Alisson; Alexander-Arnold, Ramos, Van Dijk, Davies; De Bruyne, Thiago, Kimmich; Messi, Lewandowski, Ronaldo
  • Pasukan wanita: Endler; Bronze, Bright, Renard; Heath, Boquete, Bonasea, Rapinoe; Cascarino, Miedema, Harder
  • Pemain wanita: Lucy Bronze (Manchester City)
  • Pemain lelaki: Robert Lewandowski (Bayern Munich)

Baca artikel: Siapakah pemenang 11 anugerah Puskas sebelum ini?


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!