Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

rahsia rekaan pakaian

Rahsia pada rekaan pakaian yang tidak diketahui ramai

Pakaian seperti baju, seluar dan kasut merupakan keperluan asas setiap orang. Malah ia juga digunakan untuk menampilkan ciri-ciri peribadi seseorang. Tetapi sedarkah anda bahawa hampir setiap rekaan pakaian memiliki fungsinya yang tersendiri.

Apakah fungsi rahsia pada rekaan pakaian, dan tidak diketahui ramai tersebut? Jom kita lihat senarai berikut;

Pakaian seperti baju, seluar dan kasut merupakan keperluan asas setiap orang. Malah ia juga digunakan untuk menampilkan ciri-ciri peribadi seseorang. Tetapi sedarkah anda bahawa hampir setiap rekaan pakaian memiliki fungsinya yang tersendiri.  Apakah fungsi rahsia pada rekaan pakaian, dan tidak diketahui ramai tersebut? Jom kita lihat senarai berikut;    Kemeja-T Rekaan kemeja-T dicipta kerana kebanyakan kaum lelaki tidak pandai menjahit. Mereka yang tidak memiliki kemahiran menjahit pasti sukar untuk membaiki pakaian berbutang. Maka tidak hairanlah mengapa kemeja-t ini sering menjadi pilihan.  Poket kecil pada seluar jeans Pada zaman dahulu, seluar jeans biasanya digunakan oleh pelombong emas untuk menyimpan ketulan emas yang mereka temui. Manakala tukang kayu dan jurutera landasan kereta api pula menggunakannya untuk menyimpan jam poket. Namun perubahan zaman telah menyebabkan poket kecil itu terus digunakan untuk kegunaan lain seperti untuk menyimpan mancis, pemetik api dan duit syiling.  Kedudukan butang pada kemeja Butang baju lelaki di sebelah kanan dan butang baju wanita di sebelah kiri. Terdapat dua teori yang sering timbul mengapa kedudukan butang pada kemeja lelaki dan wanita berbeza. Teori yang pertama, orang lelaki memakai pakaiannya sendiri, manakala kebanyakan golongan wanita pada zaman dahulu memiliki pembantu untuk mengenakan pakaian mereka. Maka kedudukan butang yang bertentangan itu dapat memudahkan pembantu mereka untuk mengenakan pakaian tersebut. Teori yang kedua, ia bertujuan untuk memudahkan golongan wanita untuk menanggalkan butang ketika mahu menyusukan bayi. Lubang tambahan pada kasut sukan Mungkin anda memakai saiz kasut yang sama dengan rakan anda, tetapi ukuran kaki anda dan rakan itu mungkin masih berbeza. Maka lubang tambahan yang terdapat pada kebanyakan kasut sukan harus digunakan untuk membuatkan kaki anda tetap melekat pada bahagian dalam kasut. Ia juga dapat mengurangkan kesan geseran pada bahagian tumit ketika berlari. YKK pada zip 50% zip di seluruh dunia terdapat huruf YKK di atasnya. YKK itu bermaksud Yoshida Kogyo Kabushikikaisha, sebuah syarikat pembuat zip yang ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1934. Syarikat itu juga dikatakan telah menghasilkan lebih 7 bilion zip setiap tahun. Baca artikel: Fungsi sebenar penyangkut baju yang diperbuat daripada kayu
Kemeja-T
Rekaan kemeja-T dicipta kerana kebanyakan kaum lelaki tidak pandai menjahit. Mereka yang tidak memiliki kemahiran menjahit pasti sukar untuk membaiki pakaian berbutang. Maka tidak hairanlah mengapa kemeja-t ini sering menjadi pilihan.


Poket kecil pada seluar jeans
Pada zaman dahulu, seluar jeans biasanya dipakai oleh pelombong emas, dan poket kecil itu digunakan untuk menyimpan ketulan emas yang mereka temui. Manakala tukang kayu dan jurutera landasan kereta api pula menggunakannya untuk menyimpan jam poket. Namun perubahan zaman telah menyebabkan poket kecil itu terus digunakan untuk kegunaan lain seperti untuk menyimpan mancis, pemetik api dan duit syiling.


Kedudukan butang pada kemeja
Butang baju lelaki di sebelah kanan dan butang baju wanita di sebelah kiri. Terdapat dua teori yang sering timbul mengapa kedudukan butang pada kemeja lelaki dan wanita berbeza. Teori yang pertama, orang lelaki memakai pakaiannya sendiri, manakala kebanyakan golongan wanita pada zaman dahulu memiliki pembantu untuk mengenakan pakaian mereka. Maka kedudukan butang yang bertentangan itu dapat memudahkan pembantu mereka untuk mengenakan pakaian tersebut. Teori yang kedua, ia bertujuan untuk memudahkan golongan wanita untuk menanggalkan butang ketika mahu menyusukan bayi.


Lubang tambahan pada kasut sukan
Mungkin anda memakai saiz kasut yang sama dengan rakan anda, tetapi ukuran kaki anda dan rakan itu mungkin masih berbeza. Maka lubang tambahan yang terdapat pada kebanyakan kasut sukan harus digunakan untuk membuatkan kaki anda tetap melekat pada bahagian dalam kasut. Ia juga dapat mengurangkan kesan geseran pada bahagian tumit ketika berlari.


YKK pada zip
50% zip di seluruh dunia terdapat huruf YKK di atasnya. YKK itu bermaksud Yoshida Kogyo Kabushikikaisha, sebuah syarikat pembuat zip yang ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1934. Syarikat itu juga dikatakan telah menghasilkan lebih 7 bilion zip setiap tahun.

Baca artikel: Fungsi sebenar penyangkut baju yang diperbuat daripada kayu


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!