Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Schumacher F1 2021

📷 : Instagram @mickschumacher

Schumacher bakal kembali dalam saingan F1 untuk musim 2021

Pasukan Haas, telah menandatangani kontrak bersama nama yang paling terkenal dalam sukan permotoran untuk saingan F1 tahun 2021. Mick yang merupakan anak kepada Michael Schumacher bakal bergandingan dengan Nikita Mazepin dalam pasukan tersebut.

Kali terakhir nama Schumacher berada dalam senarai pelumba F1 adalah ketika Michael Schumacher berlumba dalam Grand Prix Brazil pada tahun 2012. Michael juga merupakan pemenang tujuh kejuaraan dunia, sebelum dia terlibat dalam kemalangan ketika bermain ski. Selain Michael, arena sukan permotoran itu juga pernah memiliki seorang lagi pelumba handalan iaitu Ralf Schumacher.

Mick Schumacher akan membuat penampilan sulung bersama pasukan Haas dan F1 ketika sesi latihan di Grand Prix Abu Dhabi minggu hadapan.

“Prospek untuk berada di grid Formula 1 tahun depan membuatkan saya sangat gembira dan sukar untuk meluahkan dengan kata-kata,” – Mick Schumacher

Pada tahun 2019, Mick pernah menandatangi kontrak sebagai Pemandu Akademi Ferrari setelah menunjukkan potensi yang sangat baik sebelum itu. Dia juga bakal dinobatkan sebagai juara F2, jika berjaya mendapatkan mata yang mampu memberikannya kejuaraan pada 6 Disember nanti ketika perlumbaan Grand Prix Bahrain.

Baca artikel: Jadual F1 2021 menyaksikan 23 perlumbaan bakal berlangsung


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!