Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

kebaikan media sosial

8 kebaikan utama menggunakan media sosial

Generasi baharu hari ini banyak didedahkan kepada pengaruh buruk di media sosial. Antaranya adalah disebabkan oleh golongan dewasa hari ini yang tidak bijak ketika menggunakan media sosial tersebut. Banyak perkataan kesat, lucah dan mengutuk seseorang secara keterlaluan yang digunakan, sehingga memberikan pengaruh buruk kepada golongan muda yang melihatnya. Adakah anda mahukan anak-anak anda biasa menggunakan perkataan kesat dan lucah dalam percakapan sehariannya?

Namun dalam keburukan tersebut, masih banyak lagi kebaikan yang boleh anda dapatkan melalui media sosial. Berikut disenaraikan 8 kebaikan utama menggunakan media sosial yang boleh anda perolehi;

  1. Membangunkan perniagaan
    Boleh dikatakan hampir setiap perniagaan hari ini memerlukan antara satu hingga empat halaman di media sosial, untuk mencari dan memenuhi permintaan pelanggan. Ia adalah bagus untuk membina reputasi perniagaan, melainkan anda menjalankan perniagaan haram dari segi undang-undang.
  2. Menyertai komuniti
    Kita semua mempunyai pandangan politik, minat, hobi dan agama yang berbeza. Media sosial boleh dijadikan tempat untuk mencari komuniti yang mempunyai minat sama seperti anda. Gunakan ia untuk berkongsi pendapat secara bijak dan matang.
  3. Sentiasa berhubung
    Ini boleh dikatakan sebagai antara tujuan utama mengapa laman media sosial dicipta. Ia adalah untuk membolehkan anda berhubung dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa.
  4. Pendidikan
    Mengikuti seorang saintis atau guru di laman media sosial (jika anda benar-benar memahami apa yang mereka cuba sampaikan) bukan sahaja boleh membuat anda lebih bijak, tetapi juga boleh membuatkan anda lebih mahir dalam sesuatu perkara. Banyak tip, petua, tutorial dan ceramah yang anda boleh dapati di laman media sosial.
  5. Promosi dan pengiklanan
    Anda boleh mempromosikan produk dan perkhidmatan ke seluruh dunia melalui internet. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan laman media sosial seperti Facebook untuk membeli iklan dan cuba menyasarkannya kepada golongan yang anda mahukan.
  6. Membanteras jenayah
    Media sosial juga boleh digunakan untuk membanteras jenayah. Anda boleh kongsikan maklumat penjenayah di media sosial untuk membantu pihak berkuasa menangkapnya. Tetapi jangan pula anda melakukan jenayah seperti buli siber.
  7. Mendapatkan maklumat semasa
    Setiap hari pasti ada sesuatu yang baik atau buruk berlaku di seluruh dunia. Banyak berita terkini mengenai hiburan, sukan, jenayah dan politik yang boleh kita dapatkan melalui laman media sosial. Anda juga diingatkan hanya untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih sahaja. Jangan kongsi jika tidak pasti.
  8. Membantu orang lain dan diri sendiri
    Media sosial memberikan anda peluang untuk membantu orang lain melalui sumbangan wang, pendapat atau nasihat. Perkara yang sama juga berlaku kepada anda, sebagai penerima pendapat dan nasihat.

Baca artikel: Bagaimana media sosial pengaruhi minda anda?

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!