Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Pemain terbaik FIFA 2020

📷 : Twitter @FIFAcom

FIFA dedahkan senarai pemain terbaik 2020

Lima bintang pasukan Liverpool disenaraikan sebagai calon untuk anugerah pemain terbaik FIFA 2020, yang bakal berlangsung pada bulan hadapan. Wabak Covid-19 tidak menghalang FIFA untuk memberikan anugerah tersebut, walaupun anugerah Ballon d’Or telah diumumkan pembatalannya pada bulan Julai lepas.

Penyerang Sadio Mane dan Mohamed Salah akan menyertai rakan sepasukan The Reds, Thiago Alcantara dan pemain pertahanan yang cedera, Virgil van Dijk dalam kategori Pemain Lelaki Terbaik FIFA. Manakala penjaga gol mereka, Alisson Becker dicalonkan sebagai Penjaga Gol Lelaki Terbaik FIFA.

Sebelum ini, anugerah Ballon d’Or telah dikuasai oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Maka tidak mengejutkan jika mereka memenangi anugerah anjuran FIFA ini.

Namun dominasi Messi dan Ronaldo mungkin akan dicabar oleh penyerang pasukan Bayern Munich, Robert Lewandowski, yang menjaringkan 55 gol dalam 47 penampilan untuk membantu pasukannya memenangi ‘treble’ pada musim lalu.

Bintang pasukan PSG, Kylian Mbappe dan Neymar juga dicalonkan setelah membantu pasukan Ligue 1 itu mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Manakala bintang Manchester City, Kevin De Bruyne dan bintang Real Madrid, Sergio Ramos turut berada dalam senarai 11 pemain terbaik itu.

Untuk anugerah Penjaga Gol Lelaki Terbaik FIFA, selain Alisson Becker (Liverpool), Thibaut Courtois (Real Madrid), Keylor Navas (Paris Saint-Germain), Manuel Neuer (Bayern Munich), Jan Oblak (Atlético de Madrid) dan Marc-André ter Stegen (Barcelona) turut berada dalam senarai calon akhir.

Jurulatih pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris, Marcelo Bielsa dari Leeds pula dicalonkan untuk anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA, bersama jurulatih pasukan juara Liga Perdana Inggeris musim lepas, Jurgen Klopp. Jurulatih pasukan juara Liga Juara-Juara dan juara Liga Europa, Hansi Flick dan Julen Lopetegui turut disenaraikan sebagai calon anugerah tersebut bersama jurulatih pasukan Real Madrid, Zinedine Zidane.

Bintang Tottenham, Son Heung-min pula dijangka bakal memenangi anugerah Puskas berikutan gol solonya yang luar biasa ketika menentang Burnley. Manakala gol Luis Suarez bersama Barcelona ketika menentang Mallorca juga dicalonkan untuk anugerah Puskas. Pada tahun 2016, Faiz Subri yang bermain bersama pasukan Pulau Pinang pernah memenangi anugerah Puskas.

Calon Pemain Lelaki Terbaik FIFA

  • Thiago Alcântara (Sepanyol / FC Bayern München / Liverpool FC)
  • Cristiano Ronaldo (Portugal / Juventus FC)
  • Kevin De Bruyne (Belgium / Manchester City FC)
  • Robert Lewandowski (Poland / FC Bayern München)
  • Sadio Mané (Senegal / Liverpool FC)
  • Kylian Mbappé (Perancis / Paris Saint-Germain)
  • Lionel Messi (Argentina / FC Barcelona)
  • Neymar (Brazil / Paris Saint-Germain)
  • Sergio Ramos (Sepanyol / Real Madrid CF)
  • Mohamed Salah (Mesir / Liverpool FC )
  • Virgil van Dijk (Belanda / Liverpool FC)

Calon Penjaga Gol Lelaki Terbaik FIFA

  • Alisson Becker (Brazil / Liverpool FC)
  • Thibaut Courtois (Belgium / Real Madrid CF)
  • Keylor Navas (Costa Rica / Paris Saint-Germain)
  • Manuel Neuer (Jerman / FC Bayern München)
  • Jan Oblak (Slovenia / Atlético de Madrid)
  • Marc-André ter Stegen (Jerman / FC Barcelona)

Calon Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA

  • Marcelo Bielsa (Argentina / Leeds United FC)
  • Hans-Dieter Flick (Jerman / FC Bayern München)
  • Jürgen Klopp (Jerman / Liverpool FC)
  • Julen Lopetegui (Sepanyol / Sevilla FC)
  • Zinedine Zidane (Perancis / Real Madrid CF)

Calon Pemain Wanita Terbaik FIFA

  • Lucy Bronze (England / Olympique Lyonnais / Manchester City WFC)
  • Delphine Cascarino (Perancis / Olympique Lyonnais)
  • Caroline Graham Hansen (Norway / FC Barcelona)
  • Pernille Harder (Denmark / VfL Wolfsburg / Chelsea FC Women)
  • Jennifer Hermoso (Sepanyol / FC Barcelona)
  • Ji So-yun (Korea Selatan / Chelsea FC Women)
  • Sam Kerr (Australia / Chelsea FC Women)
  • Saki Kumagai (Jepun / Olympique Lyonnais)
  • Dzsenifer Marozsán (Jerman / Olympique Lyonnais)
  • Vivianne Miedema (Belanda / Arsenal WFC)
  • Wendie Renard (Perancis / Olympique Lyonnais)

Calon Penjaga Gol Wanita Terbaik FIFA

  • Ann-Katrin Berger (Jerman / Chelsea FC Women)
  • Sarah Bouhaddi (Perancis / Olympique Lyonnais)
  • Christiane Endler (Chile / Paris Saint-Germain)
  • Hedvig Lindahl (Sweden / VfL Wolfsburg / Atlético de Madrid Femenino)
  • Alyssa Naeher (Amerika Syarikat / Chicago Red Stars)
  • Ellie Roebuck (England / Manchester City WFC)

Calon Jurulatih Wanita Terbaik FIFA

  • Lluís Cortés (Sepanyol / FC Barcelona)
  • Rita Guarino (Itali / Juventus Women)
  • Emma Hayes (England / Chelsea FC Women)
  • Stephan Lerch (Jerman / VfL Wolfsburg)
  • Hege Riise (Norway / LSK Kvinner)
  • Jean-Luc Vasseur (Perancis / Olympique Lyonnais)
  • Sarina Wiegman (Belanda / pasukan kebangsaan Belanda)

Anugerah Puskas FIFA

  • Shirley Cruz (CRC) – Costa Rica v. Panama [Pusingan kelayakan Olimpik wanita Concacaf] (28 Januari 2020)
  • Giorgian De Arrascaeta (URU) – Ceará SC v. CR Flamengo [Brasileirão – Brazil] (25 Ogos 2019)
  • Jordan Flores (ENG) – Shamrock Rovers FC v. Dundalk FC [League of Ireland] (28 Februari 2020)
  • André-Pierre Gignac (FRA) – UANL Tigres v. Pumas UNAM [Liga MX – Mexico] (1 Mac 2020)
  • Sophie Ingle (WAL) – Arsenal WFC v. Chelsea FC Women [FA Women’s Super League – England] (19 Januari 2020)
  • Zlatko Junuzović (AUT) – SK Rapid Wien v. FC Red Bull Salzburg [Bundesliga – Austria] (24 Jun 2020)
  • Hlompho Kekana (RSA) – Mamelodi Sundowns FC v. Cape Town City FC [South African Premier Soccer League] (20 Ogos 2019)
  • Son Heung-min (KOR) – Tottenham Hotspur FC v. Burnley FC [Premier League – England] (7 Disember 2019)
  • Leonel Quiñónez (ECU) – Universidad Católica v. CSD Macará [Serie A – Ecuador] (19 Ogos 2019)
  • Luis Suárez (URU) – FC Barcelona v. RCD Mallorca [LaLiga – Spain] (7 Disember 2019)
  • Caroline Weir (SCO) – Manchester City WFC v. Manchester United WFC [FA Women’s Super League – England] (7 September 2019)

Baca artikel: 7 fakta menarik mengenai Dragon Ball

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!