Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

“BLACKPINK 2019 World Tour” bakal menjelajah Kuala Lumpur

Peminat BlackPink boleh mendapatkan tiket konsert “BLACKPINK 2019 World Tour” bermula jam 12 tengah hari pada 12 Disember 2018 melalui laman web www.macpiepro.com

Tarikh konsert tersebut pula adalah pada 23 Februari 2019, dan bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam.

Harga tiket akan dijual serendah RM373 (Zon Hijau), RM483 (Zon Ungu), RM573 (Zon Kuning), RM673 (Zon Merah), dan RM693 (Zon BLINK).

Peminat juga dinasihatkan hanya membeli tiket melalui laman web rasmi MacpiePro untuk mengelakkan ditipu oleh penjual tiket.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!