Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Undertaker bersara WWE

📷 : Facebook @WWE

Undertaker bersara setelah 30 tahun bersama WWE

The Undertaker secara rasmi menamatkan karier bersama WWE setelah 30 tahun pada acara Survivor Series. Sebelum ini, Undertaker pernah mengumumkan niatnya untuk bersara pada bulan Jun lepas.

Majlis penghargaan untuk ikon gusti WWE itu turut dihadiri oleh beberapa bintang lama dan baharu WWE. Antara mereka yang turut hadir adalah Shane McMahon, Jeff Hardy, The Big Show, JBL, Mick Foley, The Godfather, The Godwins, Savio Vega, Rikishi, Kevin Nash, Booker T, Shawn Michaels, Ric Flair dan Triple H.

“Dan sekarang waktuku telah tiba. Waktuku telah tiba untuk membiarkan The Undertaker beristirahat dengan tenang.” – The Undertaker

Pada majlis tersebut, hologram Paul Bearer yang merupakan bekas pesaing utama kepada Undertaker turut muncul di atas gelanggang. Ia memberikan kesan yang amat mendalam kepada peminat WWE, kerana Bearer telah meninggal dunia pada tahun 2013.

Mengenai perancangan masa hadapan, Undertaker telah melancarkan kolaborasi pakaian bersama legenda hip-hop Snoop Dogg. Mereka berdua telah melakukan panggilan video pada hujung minggu lepas untuk membincangkan mengenai projek tersebut, selain beberapa perkara termasuk politik, dan sepupu kepada Snoop, Sasha Banks.

Baca artikel: 7 fakta menarik mengenai Dragon Ball

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!