Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Dragon Ball

7 fakta menarik mengenai Dragon Ball

Dragon Ball bermula dengan komik yang dihasilkan oleh Akira Toriyama pada tahun 1984, sebelum menjadi salah satu siri animasi paling popular sepanjang zaman. Manakala di Malaysia, ia dikenali sebagai Mutiara Naga.

Boleh dikatakan hampir semua kanak-kanak pada era 80-an dan 90-an mengenali setiap watak utama dalam komik tersebut. Namun mungkin ada beberapa perkara mengenainya yang tidak diketahui semua orang. Berikut disenaraikan 8 fakta menarik mengenai Dragon Ball yang ramai tidak tahu;

Dragon Ball
1. Watak Gohan dicipta untuk menggantikan Goku
Percaya atau tidak, Akira Toriyama sebenarnya memikirkan untuk membunuh watak Goku dan menjadikan anaknya Gohan sebagai pengganti.

Dragon Ball
2. Master Roshi tidak akan mati kerana usia
Master Roshi telah berusia lebih daripada 350 tahun, dan dia telah melatih Goku, Gohan, Yamcha, Krillin dan Ox-King. Pada mulanya dia adalah salah satu watak paling penting dalam siri ini, tetapi kerana musuh semakin kuat, dia hanya duduk di bangku simpanan.


3. Kembar Android mempunyai nama
Anda mungkin mengenali mereka sebagai Android 17 dan Android 18. Nama sebenar Android 17 adalah Lapis, manakala nama sebenar Android 18 adalah Lazuli. Ia merupakan nama asal mereka, sebelum diculik oleh Dr. Gero untuk dijadikan android.


4. Watak kegemaran Akira Toriyama ialah Piccolo
Akira Toriyama telah mencipta banyak watak yang hebat dalam siri ini. Namun watak kegemaran pencipta siri ini ialah Piccolo, iaitu seorang pahlawan yang berasal dari planet Namek.


5. Gohan membunuh lebih banyak watak berbanding Goku
Goku hanya membunuh dua watak kecil, iaitu Babidi Yakon dan Kid Buu. Gohan pula telah membunuh 15 watak dalam siri ini, termasuk tujuh Cell Junior.


6. Populasi bumi telah mati lebih banyak kali berbanding Krillin
Krillin ialah antara watak utama yang paling banyak kali mati dalam siri ini. Tetapi populasi manusia di bumi ini telah mati 4 kali lebih banyak berbanding Krillin. Nasib baik ada mutiara naga untuk memulihkan keadaan.


7. Goku dan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Dunia
Goku bertanding dalam Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Dunia sebanyak enam kali, tetapi hanya sekali dia memenangi kejohanan itu.

Baca artikel: 9 watak adiwira popular yang berasal dari Malaysia

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!