Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

📷 : Instagram @mastowerrunner

Soh Wai Ching berjaya pecah rekod dunia

Nama pelari menara nombor dua dunia dan nombor satu Asia, Soh Wai Ching akan dicatatkan dalam ‘Guinness World Record‘ (GWR) untuk kategori Greatest Vertical Height Stair in One Hour – Male (Pendakian Tangga Menegak Terhebat dalam Satu Jam – Lelaki).

Rekod tersebut dilakukan di Hotel Four Seasons Place Kuala Lumpur, Jalan Ampang yang memiliki ketinggian 342.5 meter (66 tingkat) pada malam tadi. Malah ia juga merupakan hotel mewah keempat tertinggi di dunia.

Dalam acara tersebut, Wai Ching telah berlari hingga ke tingkat 66 bangunan itu dan mengambil lif untuk ke tingkat bawah, sebelum berlari semula ke atas berulang kali selama satu jam.

Sebelum ini, Wai Ching menyasarkan untuk mendapatkan larian sejauh 1.4 kilometer, namun hanya berjaya mendapatkan larian sejauh 1.295 kilometer, atau lebih tepat lagi 1295.95 meter. Rekod yang dilakukan sebelum ini oleh David Robles Tapia di Zaragoza, Sepanyol pada 20 Januari 2019 hanyalah sejauh 1.277 kilometer sahaja.

Menurut Wai Ching, kekangan pandemik Covid-19 telah menyukarkan pengadil Guinness World Record, sekali gus memaksanya merekodkan percubaan tersebut dalam bentuk digital sebelum diserahkan kepada wakil Guinness World Record.

Kini Wai Ching perlu menunggu sekurangnya dua hari untuk mendapatkan keputusan rasmi dari Guinness World Record sebelum mengesahkan namanya sebagai pemegang rekod dunia.

Baca artikel: 9 watak adiwira popular yang berasal dari Malaysia

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!