Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Deadpool kelab bola sepak

📷 : Instagram @vancityreynolds

Bintang Deadpool bakal miliki kelab bola sepak

Bintang filem Deadpool, Ryan Reynold akan mengambil alih pasukan bola sepak Wrexham bersama Rob McElhenney.

Wrexham Supporters Trust (WST) yang memiliki kelab bola sepak Wrexham AFC sejak 2011, telah menyokong cadangan untuk pengambilalihan tersebut. Namun apa yang lebih mengejutkan, 1,809 undi berpihak kepada Reynold dan McElhenney, dengan hanya sembilan menolak.

Walaupun hanya memerlukan 75 peratus undi sokongan daripada WST, mereka telah memperoleh undi sebanyak 98.6%, dari jumlah 91.5% pengundi, dan kini akan menjadi pemilik baharu kelab Wrexham.

“Tertakluk kepada perjanjian akhir, pengesahan liga dan FA – Syarikat RR McReynolds, LLC akan mengambil alih 100 peratus kawalan Wrexham Football Club Limited dari WST.” – Wrexham Supporters Trust (WST)

Kedua-dua pihak kini dikatakan sedang menyelesaikan perincian pengambilalihan, dan mereka akan memaklumkan kepada penyokong Wrexham secepat mungkin.

Malah Reynold dan McElhenney juga dijangka bakal menyuntik sejumlah £2 juta wang mereka sendiri untuk memulakan rancangan mereka bersama kelab tersebut. Selain itu, mereka juga mahu membuat sebuah dokumentari khas mengenai kelab bola sepak Wrexham di Netflix.

Untuk makluman, Wrexham AFC adalah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di Wales. Mereka juga kini sedang bertanding di Liga Nasional, iaitu peringkat kelima dalam sistem liga bola sepak Inggeris.

Baca artikel: ‘Pelindung Galaksi’ ini berjaya selesaikan permainan kiub rubik dalam masa kurang satu minit

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!