Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Kabut Semalam

Kabut Semalam angkat kisah anak-anak istimewa

Kabut Semalam merupakan sebuah telemovie bergenre kekeluargaan dan masyarakat, serta mengangkat kisah anak-anak istimewa yang menghidap ‘mild autisme’ dan mempunyai masalah pembelajaran.

Telemovie yang dibintangi oleh Didi Astilah (Angah) dan Izzy Reef (Along) memaparkan kehidupan anak-anak istimewa ini dengan hakikatnya adalah sama seperti orang lain, di mana semua orang mempunyai kekurangan dalam diri masing-masing. Tetapi sikap segelintir masyarakat yang memandang serong tentang kewujudan anak-anak ini menjadikan mereka seperti terasing.

 

“Memandangkan ianya akan ditayangkan di TV Alhijrah, semua babak haruslah ditonjolkan dalam konteks patuh syariah dan mematuhi garis panduan TV Alhijrah.” – Latt, Pengarah.

Menurut Faizal Karim atau lebih dikenali sebagai Latt, mengarahkan telemovie ini adalah sangat mencabar kerana ia merupakan kali pertama untuk dirinya duduk di kerusi pengarah.

Antara perkara paling dirisaukan adalah ketika rakaman babak diperkosa. Namun dengan menggunakan kreativiti yang ada, babak tersebut berjaya disampaikan dengan gaya tersendiri tanpa melanggar batas yang ditetapkan.

Walaupun telemovie Kabut Semalam ini diklasifikasikan sebagai PG13, tiada satu pun babak yang dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Along, dalam dunia ini, semua orang tak sama. Masing-masing ada kekurangan tersendiri.” – Mastura (Ana Dahlia)

Barisan tenaga produksi dan pelakon Kabut Semalam.

Kemunculan semula Ana Dahlia setelah berehat lama dalam dunia lakonan juga pasti dinantikan oleh para peminatnya. Ia kerana Ana Dahlia tetap memberikan persembahan yang baik dalam membawa watak sebagai ibu kepada anak-anak istimewa ini, dan pasti mampu meruntun perasaan penonton.

Oleh itu, jangan lupa untuk menyaksikan telemovie berjudul Kabut Semalam yang dibintangi oleh Didi Astillah (Angah), Izzy Reef (Along), Taufiq Hanafi (Rizuan), D’boy Hamdan (Pak Amin), dan Ana Dahlia (Mastura).

Kabut Semalam

Ia bakal ditayangkan pada 29 Ogos 2021, jam 9 malam di TV Alhijrah.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!