Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

📷 : www.formula1.com

Jadual F1 2021 menyaksikan 23 perlumbaan bakal berlangsung

FORMULA ONE (F1) telah mengumumkan jadual perlumbaan untuk tahun 2021, yang bakal menyaksikan 23 perlumbaan diadakan. Perlumbaan F1 untuk musim hadapan ini bakal bermula pada 21 Mac 2021 di Australia, dan berakhir pada 5 Disember 2021 di Abu Dhabi.

Pada tahun 2020, F1 telah menjadi musim yang sukar untuk penganjuran mereka kerana banyak perlumbaan telah dibatalkan. Namun Lewis Hamilton telah mencipta sejarah apabila memecahkan rekod Michael Shumacher sebagai pemenang perlumbaan Grand Prix terbanyak. Manakala rekod kemenangan Grand Prix terbanyak dalam tempoh semusim masih lagi dipegang oleh Michael Shumacher (13 kemenangan/18 perlumbaan) dan Sebastian Vettel (13 kemenangan/19 perlumbaan).

 

View this post on Instagram

 

The 2021 F1 calendar is here! #F1 #Formula1 #Motorsports

A post shared by FORMULA 1® (@f1) on

Grand Prix Vietnam yang dibatalkan untuk tahun 2020 kerana wabak Covid-19, tidak lagi berada dalam kalendar F1 kerana telah menarik diri untuk menganjurkannya pada tahun 2021.

Manakala Arab Saudi bakal menjadi negara ke-33 yang menganjurkan perlumbaan F1, dengan bakal menyaksikan perlumbaan tersebut diadakan pada waktu malam.

Bagaimanapun, jadual sementara untuk perlumbaan F1 2021 itu masih tertakluk kepada kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Jadual F1 2021
1. Australia – 21 Mac 2021
2. Bahrain – 28 Mac 2021
3. China – 11 April 2021
4. TBC – 25 April 2021
5. Sepanyol – 9 May 2021
6. Monaco – 23 May 2021
7. Azerbaijan – 6 Jun 2021
8. Kanada – 13 Jun 2021
9. Perancis – 27 Jun 2021
10. Austria – 4 Julai 2021
11. United Kingdom – 18 Julai 2021
12. Hungari – 1 Ogos 2021
13. Belgium – 29 Ogos 2021
14. Belanda – 5 September 2021
15. Itali – 12 September 2021
16. Rusia – 26 September 2021
17. Singapura – 3 Oktober 2021
18. Jepun – 10 Oktober 2021
19. Amerika Syarikat – 24 Oktober 2021
20. Mexico – 31 Oktober 2021
21. Brazil – 14 November 2021
22. Arab Saudi – 28 November 2021
23. Abu Dhabi – 5 Disember 2021
*Tertakluk kepada kontrak

Rekod pemenang Grand Prix F1
1. Lewis Hamilton – 93 perlumbaan
2. Michael Shumacher – 91 perlumbaan
3. Sebastian Vettel – 53 perlumbaan
4. Alain Prost – 51 perlumbaan
5. Ayrton Senna – 41 perlumbaan

Baca artikel: 7 fakta menarik mengenai Dragon Ball

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!