Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Juara F2 2020

📷 : Instagram @fiaf2championship

Schumacher juara F2 2020

Mick Schumacher membuktikan dirinya layak untuk bersaing dalam perlumbaan F1 setelah menjadi juara F2 2020.

Dia juga kini merupakan sebahagian pelumba F1 yang pernah menjadi juara F2 seperti Nico Rosberg (2005), Lewis Hamilton (2006) dan Romain Grosjean (2011).

Namun ia merupakan musim perlumbaan yang sukar buat Schumacher kerana terpaksa bersaing sehingga perlumbaan terakhir untuk menentukan juara F2.

Pada perlumbaan terakhir di Bahrain, Schumacher hanya menduduki tempat ke-18. Manakala pesaing terdekatnya, Ilott pula menduduki tempat ke-10.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Formula 2 (@fiaf2championship)

Secara kesuluruhan, Mick Schumacher mengumpul 215 mata, iaitu 14 mata mendahului Callum Ilott. Manakala Yuki Tsunoda hanya ketinggalan satu mata di belakang Ilott untuk menduduki tempat ketiga.

“Untuk menjadi juara, saya berhutang segalanya kepada pasukan saya!” – Mick Schumacher

Sebelum ini, Mick Schumacher juga pernah menjadi juara F3 Eropah pada tahun 2018.

Baca artikel: FIFA dedahkan senarai pemain terbaik 2020


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!