Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

fakta aktiviti bersenam

7 fakta menarik mengenai aktiviti bersenam

Bersenam adalah penting untuk sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan. Pelbagai jenis senaman juga boleh dilakukan untuk dijadikan hobi mengisi masa lapang seperti berjoging, berbasikal, berenang dan banyak lagi.

Walaupun bersenaman ini memang diketahui umum dapat menyihatkan tubuh badan, tetapi mungkin terdapat beberapa fakta mengenai bersenam yang mungkin anda tidak ketahui. Jika anda sudah mengetahuinya, ini mungkin bagus untuk mengingatkan anda semula.

Jom lihat 7 fakta menarik mengenai aktiviti bersenam;

fakta aktiviti bersenam
1. Membantu mencegah sakit jantung
Bersenam adalah baik untuk tekanan darah dan kolestrol. Dua perkara ini merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan sakit jantung. Maka ia adalah amat penting untuk memastikan jantung anda kekal sihat.

fakta aktiviti bersenam
2. Melancarkan aliran darah
Badan anda pasti akan berasa lebih segar selepas bersenam. Ia kerana aktiviti bersenam dapat mengurangkan kandungan kolestrol, dan menjadikan aliran darah lebih lancar. Bagi anda yang jarang melakukan aktiviti senaman, mungkin anda berasa sakit-sakit badan untuk tempoh sehari atau dua. Kerana itu anda perlu menjadikan aktiviti senaman sebagai rutin.


3. Membakar kalori
Bersenam adalah cara terbaik untuk membakar kalori. Badan anda akan menjadi lebih kurus dan sihat jika banyak kalori yang dibakar.


4. Meningkatkan stamina
Bersenam secara berlebihan mungkin bukan idea yang baik. Cuba sebut beberapa perkataan tanpa menarik nafas selepas bersenam. Sekiranya anda tidak dapat melakukannya, mungkin anda telah bersenam secara berlebihan. Pastikan anda bersenam mengikut kemampuan sendiri. Tingkatkan aktiviti senaman secara berperingkat untuk meningkatkan stamina.


5. Meningkatkan kesihatan mental
Bersenam secara teratur dapat meningkatkan kesihatan mental. Jika anda berasa tertekan, aktiviti seperti berjoging dapat mengurangkan tekanan perasaan anda itu.


6. Dehidrasi
Berpeluh akan menyebabkan anda mengalami dehidrasi. Ia kerana air dalam tubuh badan akan berkurangan disebabkan peluh yang keluar ketika bersenam. Kerana itulah anda perlu minum air untuk memastikan diri kekal hidrasi.


7. Menyebabkan kecedaraan
Walaupun senaman dapat menyihatkan badan, ia juga boleh menyebabkan kecedaraan jika tidak dilakukan dengan berhati-hati. Pastikan juga anda tidak melakukan senaman secara berlebihan. Otot anda juga memerlukan masa untuk berehat.

Baca artikel: Tip kekal hidrasi untuk yang aktif bersukan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!