Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

manfaat tidur tengah hari

Kenapa anda perlu tidur pada waktu tengah hari?

Luruskan kaki, bersandar, dan beritahu rakan bahawa anda hanya mahu merehatkan mata kerana sudah tiba masanya untuk tidur pada waktu tengah hari.

Sebenarnya banyak perkara baik yang boleh anda perolehi melalui tidur pada waktu tengah hari, selain menghilangkan rasa mengantuk.

Berikut disenaraikan manfaat dan bagaimana untuk mendapatkan tidur yang berkualiti pada waktu tengah hari;

5 manfaat tidur pada waktu tengah hari

  1. Meningkatkan prestasi otak
    Tidur pada waktu tengah hari ketika penat dapat meningkatkan prestasi otak. Otak anda akan menjadi lebih peka, selain menguatkan ingatan jangka pendek.
  2. Meningkatkan prestasi fizikal
    Tidur selepas makan tengah hari dapat meningkatkan prestasi fizikal di tempat kerja. Anda akan merasakan diri lebih cergas untuk terus melakukan kerja-kerja fizikal yang berat.
  3. Mengurangkan tekanan perasaan
    Jika tidak mendapatkan tidur malam yang berkualiti, badan anda akan noradrenalin, iaitu sejenis hormon yang akan menyumbang kepada rasa letih dan lesu. Maka tidur pada waktu tengah hari dapat mengimbangkan semula tahap noradrenalin dan mengurangkan rasa tekanan perasaan dengan menjadikan menjadikan mental dan hati anda lebih tenang.
  4. Kurang rasa lapar
    Rasa penat akan menyebabkan anda mencari makanan ringan, soda atau minuman tenaga untuk meneruskan aktiviti harian. Dengan tidur pada waktu tengah hari, ia akan menjadikan anda lebih fokus dan kurang tertekan, selain menjadikan diri anda lebih mudah untuk melawan keinginan untuk mendapatkan makanan ringan dan minuman bergula.
  5. Kesihatan jantung
    Menurut Harvard School of Public Health, orang yang sering tidur pada waktu tengah hari mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mati akibat serangan jantung.

Cara mendapatkan tidur tengah hari yang berkualiti

  • Tidur yang sekejap
    Tidur berterusan selama dua jam adalah baik untuk dilakukan sekali-sekala, tetapi sebaiknya hadkan waktu tidur tersebut antara 10-20 minit sahaja. Tidur selama 5 minit tidak akan memberikan faedah yang banyak, dan tidur yang terlalu lama akan menyebabkan anda sukar untuk tidur malam. Jika tidur sepanjang waktu berkerja akan menyebabkan anda dibuang kerja.
  • Padamkan lampu
    Persekitaran yang gelap dan sunyi boleh membantu anda untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Pertimbangkan untuk memakai penutup mata dan fon telinga untuk mendengarkan lagu tidur, kerana ia akan menyekat bunyi persekitaran yang mengganggu.
  • Tidak tidur? Tiada masalah!
    Kadang kala memang sukar untuk tertidur. Tetapi tidak mengapa, kerana anda masih mendapatkan manfaat dengan berehat secara tenang, sambil menutup mata selama 10-20 minit.

Bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda tidur pada waktu rehat tengah hari sahaja. Ia adalah untuk mengelakkan aktiviti tidur ini menganggu pekerjaan yang sedang dilakukan di pejabat.

Baca artikel: Tip untuk memudahkan anda tertidur

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!