Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

bersenam waktu pagi dan petang

Perbezaan bersenam waktu pagi dan petang

Bersenam pada waktu pagi atau petang lebih baik? Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Apa yang paling penting adalah melakukan senaman secara konsisten.

Mari kita lihat kelebihan dan kekurangan kedua-dua waktu senaman tersebut. Jadi anda haruslah membuat pilihan yang bijak ketika mahu melakukannya.

Kelebihan bersenam waktu pagi
• Bersenam pada waktu pagi tanpa mengambil sebarang makanan berat terlebih dahulu dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan dan meningkatkan tahap tenaga.
• Anda akan mendapat pelbagai manfaat melalui cahaya matahari pagi, terutamanya vitamin D jika bersenam pada waktu pagi.

Kekurangan bersenam waktu pagi
• Kebanyakan berasa lemah dan malas untuk bersenam pada waktu pagi, yang pada akhirnya akan membuat kita langsung tidak bersenam.
• Otot anda akan berasa lebih mudah kekejangan pada waktu.

Kelebihan bersenam waktu petang
• Ada kajian mengatakan kita bersenam dengan lebih gigih pada waktu petang. Jika anda konsisten, lemak dalam tubuh badan dapat dikurangkan dengan lebih cepat.
• Kajian lain pula mengatakan, senaman pada waktu petang dapat memudahkan kita mendapatkan tidur yang berkualiti pada waktu malam.

Kekurang bersenam waktu petang
• Kesibukan kita dalam menjalani aktiviti harian seperti kerja akan menyukarkan kita untuk bersenam pada waktu petang.
• Setelah seharian bekerja, anda mungkin akan merasakan terlalu penat untuk bersenam.

Baca artikel: 7 fakta menarik mengenai aktiviti bersenam


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!