Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

kekal hidrasi ketika bersukan

Tip kekal hidrasi untuk yang aktif bersukan

Setiap orang yang bersukan akan berisiko untuk mengalami dehidrasi jika tidak mendapatkan air yang mencukupi. Ia kerana air dalam tubuh badan akan berkurangan disebabkan peluh yang keluar ketika bersukan. Kerana itulah anda perlu minum air untuk memastikan diri kekal hidrasi.

Masalah dehidrasi akan memberikan kesan kepada prestasi anda ketika bersukan, selain meningkatkan risiko kecederaan. Antara simptom dehidrasi ialah rasa dahaga yang melampau, kekejangan, mulut kering, keletihan, sakit kepala, kurang membuang air kecil, dan air kecil yang berwarna gelap.

Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil hidangan penuh seperti nasi, ikan dan sayur-sayuran, antara 3 hingga 5 jam sebelum bersukan. Ketika bersukan, minum air kosong sudah memadai untuk aktiviti sukan yang kurang daripada 60 minit.

Selepas bersukan, mengambil makanan tinggi karbohidrat dan sederhana protein adalah penting untuk proses pemulihan, selain minum air yang mencukupi untuk menggantikan air yang hilang dalam tubuh ketika berpeluh.

Walaupun saranan minum air masak antara 6 hingga 8 gelas air sehari dilakukan oleh kerajaan, anda masih perlu menambahkan sekurang-kurangnya 2 gelas air tambahan (500 mililiter) jika bersenam.

Pengambilan air daripada sumber yang lain seperti sup, buah-buahan dan jus rendah lemak dan gula juga dapat membantu anda untuk kekal hidrasi.

Selain itu, minuman sukan boleh membantu untuk kekal hidrasi jika anda mahu bersukan lebih daripada 60 minit, kerana ia mengandungi karbohidrat dan elektrolit yang mampu meningkatkan tenaga anda.

Manakala minuman tenaga adalah tidak sama seperti minuman sukan. Minuman tenaga biasanya mempunyai kandungan kafein yang tinggi. Malah kebanyakannya mengandungi bahan-bahan tambahan seperti guarana, ginseng, atau taurine yang tidak diperlukan oleh badan anda, selain mengandungi kandungan gula yang tinggi.

**Anda kehilangan air dalam tubuh badan setiap hari ketika pergi ke bilik air, berpeluh, dan juga ketika bernafas. Ia akan menjadi lebih cepat ketika cuaca panas, demam, muntah, cirit-birit atau bersukan.

Baca artikel: Kurang minum air masak ganggu kesihatan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!