Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Taman Eko Rimba Komanwel

📷 : selangor.travel

Jom berkhemah di Taman Eko Rimba Komanwel

Taman Eko Rimba Komanwel merupakan antara destinasi terbaik untuk yang gemar berkhemah di negeri Selangor. Ia terletak di Hutan Simpan Lagong, dan hanya 28 kilometer sahaja dari Kuala Lumpur.

Meliputi kawasan seluas lebih 260 hektar, ia juga merupakan kawasan yang sesuai untuk berjoging dan mendaki. Manakala untuk yang gemar berkhemah, ia ada menyediakan sehingga 51 tapak perkhemahan.

📷 : selangor.travel
📷 : selangor.travel

Taman Eko Rimba Komanwel ini dibina pada tahun 1993, sebagai tanda kepada Persidangan Hutan Komanwel ke-14. Tetapi ia pernah menjadi sebuah kawasan yang terbiar dan rosak sebelum diambil alih oleh sebuah syarikat bernama Future World Avenue Sdn Bhd, dan dijenamakan semula sebagai Taman & Resort Hutan Komanwel.

Kini mereka lebih menumpukan kepada pengurusan acara dan penganjuran seminar. Namun mereka masih menerima kunjungan pelancong harian.

Manakala kafe mereka ada menyajikan makanan seperti piza, kek dan pelbagai makanan tempatan. Dataran Komanwel pula terdapatnya tiang bendera dan air pancut, selain dikelilingi oleh taman dan tasik yang indah.

Antara kemudahan lain yang terdapat di sini adalah seperti dewan serbaguna, paintball, ATV, BBQ dan kursus mengunggang kuda.

Lawati laman Facebook rasmi mereka melalui pautan https://www.facebook.com/ekorimbakomanwel/ untuk maklumat lebih lanjut.

Baca artikel: 7 lapisan air terjun di Taman Eko Rimba Kanching

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!