Taman Eko Rimba Kanching merupakan antara destinasi pelancongan eko yang wajib dilawati di negeri Selangor. Ia kerana Sungai Kanching mempunyai 7 lapisan air terjun setinggi 208 meter, yang mana semakin tinggi dakian, semakin sukar perjalanan untuk mendaki.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati suasana alam semula jadi sambil berkelah.
Baca artikel: 8 perkara yang boleh dilakukan ketika bercuti di rumah

Sebaik sahaja memasuki taman, para pengunjung akan disambut oleh kehijauan alam semula jadi yang indah. Terdapat gazebo, bangku batu, dan jambatan untuk menyeberangi sungai, menjadikan kawasan ini tempat yang sesuai untuk berkelah.
Jika anda meneroka lebih dalam, anda akan melalui laluan bersimen sebelum berjumpa dengan air terjun yang pertama. Ia hanyalah air terjun kecil dengan ketinggian sekitar 4 hingga 5 meter sahaja.
Laluan bersimen akan berakhir di tingkat keempat air terjun, sebelum bermulanya laluan hutan. Manakala pada air terjun kelima, airnya menjunam hampir secara menegak dan kuat, sehingga terbentuknya kabus.
Anda hanya perlu berjalan sejauh beberapa minit sahaja lagi sebelum berjumpa lapisan air terjun yang keenam dan ketujuh. Tetapi sekiranya anda terus naik setelah lapisan air terjun ketujuh, anda akan mencapai ketinggian rata dan mendapati bahawa air terjun tersebut berasal dari dua batang sungai.
Namun anda diingatkan supaya tidak mandi ketika cuaca hujan, kerana air sungai akan naik secara cepat dan mendadak. Malah anda juga perlu berhati-hati dengan permukaan batu yang licin. Yang paling penting, sentiasa jaga barang-barang peribadi anda dari monyet yang gemar mencuri.
Baca artikel: 5 destinasi pelancongan agro yang menarik di Selangor

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Tarikan luar biasa Taman Negara Mulu
Nikmati udara sejuk di Air Terjun Serendah
Jom berkhemah di Taman Eko Rimba Komanwel