Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Taman Negara Mulu

📷 : sarawaktourism.com

Tarikan luar biasa Taman Negara Mulu

Taman Negara Mulu yang terletak di negeri Sarawak, merupakan sebuah destinasi pelancongan yang unik sehingga diiktiraf oleh UNESCO (United Nations Educational Scientific and Cultural Organization) sebagai Taman Warisan Dunia.

Misteri dan keajaiban yang terdapat di sekitar lokasi tersebut juga telah menarik minat para saintis sejak pertama kali ditemui. Pada tahun 1978, Royal Geographical Society pernah melancarkan satu ekspedisi paling besar yang pernah diadakan di Mulu.

Taman Negara Mulu

Kawasan seluas 52,864 hektar ini telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1974, dan diiktiraf sebagai Taman Warisan Dunia pada tahun 2000.

Terdapat 17 zon tumbuh-tumbuhan berlainan yang terdapat di kawasan ini, termasuk sekurang-kurangnya 2,000 spesies tumbuhan berbunga. Manakala haiwan yang menjadikan kawasan ini sebagai habitat ialah 116 spesies mamalia, termasuk 54 spesies kelawar, 305 spesies burung, 100 spesies reptilia, 97 spesies amfibia dan 48 spesies ikan.

Yang paling menarik perhatian di Taman Negara ini ialah Gunung Mulu yang berketinggian 2,377 meter. Puncak batu pasir yang terletak di Gunung Mulu ini juga dianggarkan berusia lebih 60 juta tahun. Manakala pembentukan batu kapur besar, terbentuk jauh di bawah laut untuk membentuk lanskap Mulu.

📷 : sarawaktourism.com

Namun yang menjadi tumpuan utama pelancong di Taman Negara ini ialah kawasan bernama Sarawak Chamber, kerana di sini terdapatnya ruang bawah tanah terbesar dunia, dan merupakan salah satu khazanah biodiversiti terkaya dunia.

Layari laman web sarawaktourism.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Taman Negara Mulu.

Baca artikel: 5 destinasi pelancongan agro yang menarik di Selangor


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!