Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

📷 : Twitter @BlackYellow

Haaland menangi anugerah Golden Boy 2020

Erling Braut Haaland telah memenangi anugerah Golden Boy 2020 pada hari semalam. Pemain muda England, Phil Foden, Mason Greenwood, Bukayo Saka, Callum Hudson-Odoi dan Jadon Sancho juga dinamakan dalam senarai pendek 20 orang pemain terbaik.

Haaland memenangi anugerah tersebut dalam tahun pertama bersama pasukan Borussia Dortmund. Kini dia telah menjaringkan 19 gol dalam 21 penampilan bersama pasukan dalam saingan Bundesliga.

Haaland menewaskan pemain remaja Barcelona, ​​Ansu Fati (ke-2) dan Alphonso Davies dari Bayern Munich (ke-3) untuk memenangi anugerah tersebut. Sementara rakan sepasukan Borussia Dortmund, Jadon Sancho dan pemain muda pasukan Rennes, Eduardo Camavinga turut mengungguli carta lima teratas.

Manakala pada tahun 2019, penyerang Atletico Madrid, Joao Felix telah memenangi anugerah tersebut.

Untuk makluman, anugerah Golden Boy merupakan penghargaan yang diberikan oleh wartawan sukan kepada pemain muda (bola sepak) yang bermain di Eropah dan dianggap paling mengagumkan sepanjang tempoh satu tahun.

Rekod pemenang anugerah Golden Boy
2003 – Rafael van der Vaart (Ajax)
2004 – Wayne Rooney (Everton & Manchester United)
2005 – Lionel Messi (Barcelona)
2006 – Cesc Fàbregas (Arsenal)
2007 – Sergio Agüero (Atlético Madrid)
2008 – Anderson (Manchester United)
2009 – Alexandre Pato (AC Milan)
2010 – Mario Balotelli (Inter Milan & Manchester City)
2011 – Mario Götze (Borussia Dortmund)
2012 – Isco (Málaga)
2013 – Paul Pogba (Juventus)
2014 – Raheem Sterling (Liverpool)
2015 – Anthony Martial (Monaco & Manchester United)
2016 – Renato Sanches (Benfica & Bayer Munich)
2017 – Kylian Mbappé (Monaco & Paris Saint-Germain)
2018 – Matthijs de Ligt (Ajax)
2019 – João Félix (Benfica & Atlético Madrid)
2020 – Erling Haaland (Borussia Dortmund)

Baca artikel: Jadual F1 2021 menyaksikan 23 perlumbaan bakal berlangsung

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!