Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

jerung

8 perkara perlu tahu sebelum menyelam bersama jerung

Adakah anda memiliki impian untuk menyelam disamping jerung? Aktiviti ini adalah sangat membahayakan jika anda tidak memiliki persediaan yang mencukupi. Berikut ialah fakta dan tip yang perlu anda tahu sebelum menyelam disamping makhluk yang ganas ini.

1. Elakkan menyelam pada waktu subuh dan senja. Ia merupakan waktu makan untuk jerung dan pasti anda tidak mahu menjadi makanan kepada jerung tersebut.

2. Lakukan selaman pada waktu siang dan cerah kerana sukar untuk melihat jerung pada waktu gelap. Jerung juga boleh menjadi keliru dan menganggap anda sebagai mangsa.

3. Jerung memiliki sifat curiga yang tinggi dan sangat berhati-hati. Mereka juga memiliki sifat ingin tahu terutamanya apa sahaja yang terapung pada permukaan air. Masuk ke permukaan dengan pantas dan jangan membuat bunyi bising untuk mengelakkan makhluk tersebut berasa takut.

4. Elakkan menyelam dalam air yang keruh. Jauhi juga gua dan ranting-ranting yang boleh menganggu penglihatan anda. Ini untuk mengelakkan anda diserang hendap oleh jerung.

5. Kenali spesis jerung dan sifatnya. Ia mungkin membantu anda untuk mengelakkan ancaman yang serius daripada jerung.

6. Percaya pada naluri anda sendiri. Batalkan niat untuk menyelam jika jerung menunjukkan minat yang tinggi terhadap anda.

7. Hormati jerung. Jangan menyelam dan berenang ke arah mereka, sebaliknya pergi ke arah yang bertentangan.

8. Cara paling mudah untuk diserang oleh jerung ialah dengan menyentuh mereka. Ia kerana mereka akan merasakan sentuhan tersebut sebagai ancaman, dan seterusnya bertindak balas untuk mempertahankan diri.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!