Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Lelaki

Lelaki suka rahsiakan 5 perkara ini!

Lelaki memang suka berahsia dan boleh dikatakan kesemua rahsia mereka ini adalah untuk mempertahankan ego mereka. Sebolehnya mereka akan rahsiakan lima perkara ini daripada pengetahuan wanita, kerana mereka malu dan takut jika wanita menggunakan alasan ini untuk merendahkan ego mereka nanti.

1. Kelemahannya
Lelaki sangat takut jika wanita tahu kelemahan mereka. Mungkin mereka takutkan ketinggian ataupun lipas, namun mereka tidak akan buka cerita dan sebolehnya mengelak daripada bertemu dua perkara itu. Malah lelaki juga menangis, dan emosi lelaki yang baru sahaja putus cinta sebenarnya lebih dahsyat berbanding wanita. Tetapi mereka pandai menyembunyikannya. Mereka takut sekiranya wanita tahu akan kelemahan mereka, wanita akan berjenaka mengenainya dan mungkin memalukan mereka.

2. Jumlah pendapatan
Lelaki kini lebih berhati-hati kerana terlalu banyak wanita di luar sana yang gilakan kekayaan. Jadi salah satu perkara yang mereka sebolehnya ingin dirahsiakan adalah jumlah pendapatan mereka. Mungkin mereka suka menunjuk-nunjuk kereta yang mereka pandu, tetapi, perihal kewangan masih lagi terlalu peribadi bagi mereka. Jadi jangan cuba-cuba bertanya!

3. Pendengar yang baik
Mungkin anda rasa lelaki tidak mahu tahu apa aktiviti harian anda atau apa yang menyerabutkan fikiran anda. Sebenarnya, mereka mahu mendengar. Mereka hanya tidak mahu anda tahu mengenai fakta ini kerana tidak mahu percakapan bertukar menjadi leteran ataupun anda tidak habis-habis bercerita tentang perkara yang sama.

4. Malam pertama
Jika anda rasa lelaki tidak takut untuk menghadapi malam pertama, anda silap besar. Lelaki tidak suka kemampuan mereka di atas katil diperlekehkan, walaupun ia merupakan pertama kali buat mereka. Sebab itu mereka cuba menyembunyikan rasa gementar mereka pada malam pertama.

5. Tidak suka berkongsi masalah
Lelaki tidak suka bercakap atau berkongsi masalah itu dengan orang lain. Mereka juga tidak selesa orang bertanya khabar atau sibuk-sibuk bertanya apa yang dia rasa ketika itu. Ramai wanita tidak faham. Anda mahu tahu semua perkara dan semua benda. Ini termasuklah kenapa suami tidak mahu bercakap dengan anda. Adakah anda telah buat silap atau apa? Sebenarnya anda tidak bersalah apa-apa. Dia hanya mahu bersendirian untuk menganalisis masalah yang menjadi tanggungjawabnya.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!