Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

bermain dengan anak patung

Kenapa bermain dengan anak patung adalah penting untuk kanak-kanak?

Ibu bapa masa kini mempunyai pandangan yang berbeza mengenai mainan apa yang sesuai dimainkan oleh anak-anak mereka. Pemilihan mainan juga banyak dipengaruhi oleh masyarakat sekeliling. Malah pengeluar mainan itu sendiri melabelkan beberapa mainan untuk kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki.

Bermain dengan pelbagai jenis mainan seperti anak patung, kereta mainan dan bola juga adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Namun pandangan masyarakat mengenai permainan anak patung hanya sesuai untuk kanak-kanak perempuan mungkin harus diubah. Ia kerana anak patung adalah sesuai untuk kedua-dua jantina kanak-kanak. Oleh itu, kami di Lagenda Press akan berkongsi manfaat kenapa kanak-kanak lelaki dan perempuan ketika bermain anak patung.


Membantu perkembangan kemahiran sosial dan emosi
Anak patung adalah bagaikan salinan atau replika kepada bayi. Ia dapat membantu anak-anak memahami kehidupan bayi dengan lebih baik, dan bersiap sedia untuk berkomunikasi dengan bayi yang baru lahir. Ia juga boleh dijadikan latihan kepada kanak-kanak untuk menerima adik baharu yang bakal dilahirkan.


Melatih imaginasi mereka dan memperkuatkan kemahiran motorik kognitif
Bermain dengan anak patung selalunya melibatkan aktiviti menukar pakaian, memberi makan, mandi, dan memasak di dapur anak patung, yang memberi banyak ruang untuk berimaginasi. Memakai dan menanggalkan pakaian anak patung, secara khususnya dapat membantu anak-anak mempertingkan kemahiran motorik mereka. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif atau mempelajari urutan tindakan dengan lebih baik, contohnya melalui aktiviti memandikan anak patung, dengan menanggalkan pakain, berus gigi, bersabun, bersyampu dan sebagainya.


Meningkatkan kemahiran komunikasi
Ketika bermain dengan anak patung, kanak-kanak akan terlibat dengan pelbagai aktiviti, dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran kosa kata dan bertutur mereka. Anak patung juga dapat membantu kanak-kanak untuk mempelajari nama-nama bahagian anggota badan, dan kata kerja untuk sesuatu tindakan atau perbuatan.


Mengajar erti empati dan bertanggungjawab
Semasa anak anda masih kecil, anak patung akan berfungsi sebagai objek yang mereka dapat pegang dan merasa selamat. Tetapi ketika anak anda semakin membesar, mereka mungkin mula melihat anak patung itu sebagai bayi mereka sendiri, dengan cara menjaganya, dan mungkin akan mengulangi kata-kata dan perbuatan anda kepada anak patung patung itu. Bermain anak patung akan membantu anak anda belajar erti empati dan bertanggungjawab, serta mengajar mereka bagaimana untuk menguruskan makhluk hidup yang lain.

Apa mainan kegemaran ketika kecil? Mainan apa yang dimainkan oleh anak-anak anda akhir-akhir ini? Layari laman web Michigan State University untuk mengetahui cadangan pakar mengenai mainan apa yang sesuai untuk anak-anak anda sekarang.

Baca artikel: 8 perkara yang anda tidak perlu larang anak lakukannya


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!