Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

teknik kurangkan berat badan

7 teknik mudah untuk kurangkan berat badan

Semua orang tahu bahawa untuk mengurangkan berat badan memerlukan banyak kerja keras. Walau bagaimanapun, beberapa kajian mengatakan berat badan kita dapat dikurangkan dengan lebih mudah jika kita mengubah beberapa tabiat.

Lagenda Press akan berkongsikan kepada anda semua 10 teknik mudah untuk kurangkan berat badan secara semula jadi.

teknik kurangkan berat badan
Menarik nafas dalam-dalam
Menarik nafas dalam-dalam dapat menurunkan tahap kortisol, iaitu hormon yang mengawal kenaikan berat badan dan tekanan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan jumlah oksigen yang anda hirup, dan mempercepatkan metaboliseme.

teknik kurangkan berat badan
Makan lebih banyak sayur-sayuran pada waktu sarapan
Sarapan pagi membekalkan 25% keperluan tenaga harian anda. Ia merupakan makanan terpenting untuk menjamin prestasi intelektual dan fizikal yang baik. Sayur-sayuran juga dapat membantu anda merasa kenyang dengan lebih cepat, dan mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan harian.


Duduk tegak
Duduk tegak ketika bekerja, makan, atau menonton filem adalah cara terbaik untuk mengurangkan berat badan dengan cepat dan berkesan. Kebiasaan ini dapat mengurangkan tahap kortisol dalam badan anda.


Makan makanan pedas
Makanan pedas mengandungi capsaicin, iaitu komponen yang mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam tubuh badan. Pengambilan makanan pedas juga dapat meningkatkan metabolisme anda sebanyak 20% selama sekurang-kurangnya 30 minit. Dalam tempoh ini badan anda akan membakar lemak tanpa anda perlu melakukan apa-apa.

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili


Gunakan tangga
Gunakan tangga dan bukannya lif. Menurut kajian oleh University of New Mexico, menaiki tangga setinggi dua tingkat sehari dapat membantu anda mengurangkan berat badan sehingga 3 kilogram setahun.


Berjalan
Berjalan merupakan teknik senaman yang paling mudah untuk mengurangkan berat badan. Anda boleh membakar sehingga 255 kalori sejam jika berjalan perlahan, dan 391 kalori sejam jika berjalan dengan pantas. Luangkan lebih banyak masa untuk berjalan jika mahu pergi ke destinasi yang dekat.


Minum dua gelas air sebelum makan
Minum dua gelas air sebelum makan dapat mengelakkan anda makan secara berlebihan. Kebiasaan ini dapat membuatkan anda merasa kenyang dengan lebih lama. Anda juga digalakkan untuk minum sekurangnya dua hingga tiga liter air sehari untuk menjadikan tubuh badan anda kekal sihat.

Baca artikel: 10 jenis hidangan untuk bantu kurangkan berat badan


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!