Semua orang mahukan badan yang sihat dan cergas. Tetapi bagaimanakah untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat?
Untuk membantu anda mengurangkan berat badan, berikut disenaraikan 10 jenis hidangan yang dapat membantu anda untuk kurangkan berat badan.

Oat merupakan sejenis bijirin. Ia seringkali dihidangkan sebagai bubur yang dihasilkan daripada oats yang dilenyek atau oatmeal. Pengambilannya juga dipercayai mampu mengurangkan kolestrol buruk. Memakan bijirin oat pada waktu sarapan juga dapat memberikan kesan kenyang yang lebih panjang.

Memakan telur pada waktu sarapan boleh membuatkan anda kenyang dan mampu untuk membantu anda mengurangkan pengambilan kalori untuk sepanjang hari. Ia juga merupakan sumber makanan yang kaya dengan protein selain mengandungi asid amino, antioksidan dan lemak yang sihat.

Kacang badam memiliki kalori yang rendah selain mengandungi protein dan serat yang tinggi. Dengan memakan kacang badam juga dipercayai mampu untuk mengurangkan lemak pada perut.

Kacang Pistachio boleh dikatakan mengandungi khasiat yang hampir sama dengan kacang badam. Ia mengandungi antioksidan jenis lutein dan zaexanthin yang berfungsi untuk mengekalkan kesihatan mata selain vitamin B6, protein dan lemak sihat. Walaupun kacang pistachio mengandungi kadar karbohidrat yang agak tinggi, tetapi ia mempunyai nilai GI (glycemic index) yang rendah dan baik untuk diamalkan.
Baca artikel: Bagaimana untuk menjadikan diri kekal kenyang walaupun makan sedikit?

Meminum 4-5 cawan air teh hijau setiap hari dan diikuti dengan senaman selama 25 minit dikatakan mampu mengurangkan lebih banyak lemak pada perut berbanding mereka yang tidak meminumnya. Ia kerana teh hijau mengandungi sejenis antioksidan yang menghalang penyimpanan lemak perut dan memudahkan penurunan berat badan dengan cepat.

Kandungan flavonoids yang terdapat pada buah-buahan berwarna merah seperti tembikai dikatakan mampu untuk mendorong penurunan berat badan. Kandungan anthocyanin, sebatian flavonoid tertentu yang memberikan warna merah pada buah tembikai juga dapat mengurangkan gen penyimpanan lemak.

Mentega kacang ialah makanan yang tinggi kalori. Tetapi ia juga boleh menjadi salah satu makanan terbaik untuk menurunkan berat badan jika ianya tidak dimakan secara berlebihan. Selain mengenyangkan perut, ia juga mengandungi protein untuk meningkatkan metabolisme selain genistein, iaitu sebatian yang mampu mengurangkan kemampuan tubuh anda untuk menyimpan lemak.

Seperti kacang tanah, avokado juga mampu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan rasa lapar. Memakan setengah biji buah avokado segar pada waktu tengah hari juga dikatakan mampu mengurangkan keinginan untuk makan dalam tempoh beberapa jam.

Salmon memang terkenal dengan kandungan omega-3 yang tinggi. Selain boleh dijadikan sebagai sumber protein utama, kandungan asid lemak yang terdapat padanya juga dapat membantu untuk membakar lebih banyak lemak pada badan kita.

Meminum air masak sebelum makan adalah bagus untuk memberikan anda kesan kenyang yang lebih cepat. Malah ia juga merupakan pilihan terbaik berbanding meminum air soda atau jus buah-buahan kerana kedua-dua minuman tersebut mempunyai kandungan gula.

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Petua supaya nasi lambat basi
Gunakan bahan dari dapur untuk putihkan gigi
Apakah khasiat kunyit untuk kesihatan?