Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

tanda kucing sayang

10 tanda kucing sayangkan anda

Kucing merupakan sejenis haiwan peliharaan dan mudah untuk disayangi. Tetapi tahukah anda bahawa kucing juga mampu menunjukkan rasa sayang mereka kepada anda melalui cara mereka sendiri.

Tidak seperti anjing, kucing merupakan haiwan yang nakal dan sentiasa mahu dimanjakan. Dan anda juga perlu memerhatikan beberapa tindakan mereka untuk mengetahui jika mereka benar-benar sayangkan anda.

Berikut disenaraikan 10 perkara yang kucing selalu lakukan untuk menunjukkan rasa sayang;

tanda kucing sayang
1. Mendedahkan bahagian perut
Menunjukkan perut tidak bermakna kucing mahukan anda membelai perut mereka. Ia cuma sejenis cara untuk kucing menunjukkan rasa selesa dan selamat ketika bersama anda. Malah ia juga boleh dikatakan sebagai kucing tersebut benar-benar mempercayai anda.

tanda kucing sayang
2. Mata berkelip perlahan
Kucing sebenarnya tidak suka bertentang mata dengan manusia. Kucing beranggapan tentangan mata dari makhluk lain, termasuk manusia sebagai satu ancaman dan cabaran. Jika kucing anda berkelip mata dengan perlahan ketika memandang anda, ia cuma mahu menunjukkan rasa selamat ketika bersama anda.

tanda kucing sayang
3. Menggeselkan badan
Kucing sering mengeluarkan kelenjar aroma di sekeliling kawasan kediaman mereka. Ketika menggeselkan kepala dan badan terhadap anda, mereka sebenarnya sedang mengeluarkan kelenjar aroma. Ia bertujuan untuk menandakan anda sebagai miliknya.


4. Berkongsi bilik tidur
Kucing hanya akan berkongsi ruang tidur dengan individu yang disukainya sahaja, dan tidak akan sekali-kali berkongsi ruang tidur tersebut dengan individu yang tidak disukai. Kucing akan tidur di sebelah anda untuk menunjukkan rasa selesa ketika bersama anda.


5. Menjilat anggota badan anda
Menjilat merupakan sejenis teknik perhubungan sosial yang dilakukan oleh kucing, antara sesama mereka dan juga manusia. Ia juga merupakan cara kucing untuk menunjukkan rasa sayang.


6. Gigitan manja
Kucing kadangkala akan memberikan gigitan manja ketika sedang bergurau dengan anda, untuk mengatakan bahawa anda memang hebat. Tetapi kucing juga mungkin akan terbawa dengan sikap kasarnya, hingga memberikan gigitan yang menyakitkan.


7. Berdengkur
Kucing berdengkur disebabkan oleh pelbagai perkara. Namun terdapat satu jenis bunyi dengkuran yang hanya dapat didengari oleh orang yang benar-benar disayanginya. Dengan cara berdengkur, degupan jantung kucing akan menurun dengan ketara dan membantunya untuk berehat dengan lebih puas.


8. Membawa hadiah
Jangan terkejut jika kucing anda membawa hadiah. Kucing akan cuba membuktikan mereka sangat menyayangi seseorang dengan cara memberi hadiah. Malah naluri memburu tersebut memang terdapat dalam diri seekor kucing, seperti harimau dan singa.


9. Mengurut
Kucing kadangkala akan menekan anggota badan anda dengan menggunakan kaki hadapan mereka, seperti sedang mengurut. Ketika itu, kucing sebenarnya sedang mengimbau memori bahagia mereka. Ia juga menunjukkan bahawa kucing tersebut benar-benar memuja anda.


10. Goyangkan ekor
Anda boleh mengetahui pelbagai emosi kucing melalui ekornya sahaja. Ekor kucing akan mengembang dan keras ketika mereka berasa gelisah atau takut. Ketika hendak tidur, mereka akan menggoyangkan ekornya kerana berasa bahagia. Jika kucing tersebut menggoyangkan ekornya ketika berjalan menghampiri anda, ia sebenarnya sedang menunjukkan rasa teruja.

Baca artikel: Frankenkitten hanya miliki satu mata dan empat telinga


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!