Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

tidak perlu larang anak lakukan

8 perkara yang anda tidak perlu larang anak lakukannya

Ahli psikologi berpendapat bahawa had atau batas itu menjadikan anak berasa lebih selamat dan lebih tenang. Walau bagaimanapun, kekangan terhadap sesuatu boleh berlaku sebaliknya, seperti menjadikan anak kecil anda merasa tidak selamat dan memperlahankan perkembangannya.

Kami di Lagenda Press mahu berkongsi kepada anda tentang beberapa perkara yang harus anda izinkan untuk dilakukan oleh anak-anak. Semoga ia menjadi pengalaman yang terbaik untuk mereka.

1. Bertanya soalan
Seorang kanak-kanak membesar dan belajar tentang dunia dengan bertanyakan pelbagai soalan. Mungkin sukar bagi ibu bapa untuk menjawab semua soalan tersebut, tetapi ia merupakan masa berkualiti yang diperlukan oleh anak-anak untuk memperkukuhkan hubungan dengan anda.

2. Menangis
Kanak-kanak akan melihat dunia ini dengan lebih jelas apabila semakin dewasa. Jangan melarang anak anda menangis, terutamanya dengan memalukan mereka kerana perbuatan menangis tersebut. Adalah lebih baik untuk menolong mereka memahami mengapa mereka menangis, dan mencari jalan untuk mengatasinya.

3. Berkata “tidak”
Melarang anak-anak mengatakan “tidak” kepada anda bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik mereka. Tetapi cubalah mencari penyelesaian atau cara untuk menjelaskan mengapa mereka kadang-kadang mesti melakukan apa yang mereka tidak mahu.

4. Membuat bising
Jangan merosakkan masa kecil anak anda. Biarkan mereka menyanyikan lagu dan membuat bising. Ini adalah satu-satunya tempoh dalam hidup mereka untuk merasa bebas melakukannya. Namun anda perlu memastikan mereka memahami tempat dan masa yang sesuai untuk mereka berbuat bising.

5. Merasa takut
Anak-anak kecil mungkin menjadi takut kepada doktor atau saudara anda yang pelik, dan itu bukanlah masalah. Jangan memalukan mereka kerana takut, tetapi beritahu mereka bahawa anda ada bersama mereka dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

6. Mempunyai rahsia
Semakin besar anak-anak anda, semakin mereka memerlukan privasi. Anda harus tahu apa yang berlaku dalam hidup mereka, tetapi pastikan anda tidak menceroboh privasinya. Kepercayaan anak-anak terhadap anda tidak ternilai harganya, dan sebaiknya jangan mengambil risiko dengan membaca buku diari mereka atau memaksa mereka untuk memberitahu rahsia.

7. Rasa cemburu atau marah
Kanak-kanak juga mempunyai perasaan yang negatif seperti orang dewasa. Ingatlah bahawa kehendak mereka masih belum kuat, dan mereka menghadapi masalah untuk mengawal diri mereka sendiri. Biarkan mereka meluahkan perasaannya, dan anda pula harus mendidik mereka untuk memahami mengenai kebaikan atau keburukan jika berbuat sesuatu.

8. Melakukan kesilapan
Tiada siapa yang suka melakukan kesalahan, dan lebih buruk lagi apabila kanak-kanak dimarahi kerana kesilapan mereka itu. Tidak menghairankan jika kanak-kanak tersebut tidak mahu melakukannya sendiri selepas itu

Baca artikel: 7 cara yang betul ketika bercakap dengan anak


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!