Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Petua nasi lambat basi

Petua supaya nasi lambat basi

Golongan yang suka memasak pasti akan memasak nasi hampir setiap hari. Ia kerana nasi merupakan makanan ruji kebanyakan rakyat di Malaysia. Malah kita juga mungkin pernah memasak nasi sehingga terlalu banyak, dan menyebabkan lebihan nasi tersebut basi tanpa sempat dimakan.

Untuk mengurangkan pembaziran, berikut disenaraikan 7 petua supaya nasi lambat basi,

1. Basuh beras hingga bersih
Cuci dan bilas beras tersebut sekurang-kurangnya tiga kali, atau sehingga air tersebut tidak keruh. Anda juga boleh membuat bilasan terakhir dan memasak dengan menggunakan air dari mesin penapis. Ia kerana beras yang tidak dibersihkan dengan betul akan membuatkan nasi menjadi basi lebih cepat.

2. Gunakan periuk nasi bersih
Pastikan anda membersihkan periuk nasi dengan betul tanpa meninggalkan sebarang kerak dan calar. Kesan kotor atau karat akan menyebabkan nasi yang dimasak kurang berkualiti.

3. Tutup periuk nasi dengan betul
Jangan tutup periuk yang masih berisi nasi dengan menggunakan penutup berwap. Lap bahagian dalam penutup periuk nasi itu terlebih dahulu. Ia adalah untuk mengelakkan nasi tersebut menjadi lembab. Selain itu, anda juga perlu menutup suis elektrik periuk nasi sebaik sahaja selesai dimasak.

4. Perahkan limau nipis
Perahkan setengah biji jus limau nipis ke dalam periuk nasi yang sudah disukat air, sebelum dimasak seperti biasa. Air perahan limau nipis ini akan menjadikan nasi tahan lebih lama tanpa menjejaskan kualiti rasa. Ia juga dapat menjadikan nasi anda lebih wangi.

5. Secubit garam
Letakkan secubit garam sebelum memasak nasi tersebut. Selain menjadikan nasi bertahan lebih lama, ia juga dapat menjadikan nasi anda berasa lebih sedap.

6. Masak air dalam periuk nasi
Panaskan air sehingga mendidih dengan menggunakan periuk nasi. Ia bertujuan untuk menghapuskan bakteria dalam periuk nasi. Hanya perlu lakukannya sebulan sekali sahaja.

7. Gunakan senduk kering
Menyenduk nasi dari dalam periuk harus digunakan dengan senduk yang kering. Air yang terdapat pada senduk tersebut akan menyebabkan nasi cepat basi.

Baca artikel: Petua hilangkan bau hamis kambing


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!