Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

khasiat air limau

6 manfaat terhadap kesihatan apabila minum air limau

Minum air limau ketika cuaca panas adalah sesuatu yang menikmatkan. Dengan rasa masam manis, air limau memang sangat sesuai dijadikan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Limau yang dikenali dengan kandungan asid sitrat dan vitamin C, juga turut mengandungi vitamin B, riboflavin, kalsium, magnesium, protein serta karbohidrat.

Berikut disenaraikan 6 manfaat terhadap kesihatan yang boleh diperolehi melalui minuman berasaskan limau.

Perut
Membantu meringankan masalah pencernaan apabila dicampurkan dengan air panas. Dengan meminum air limau secara rutin, ia akan dapat menghilangkan kotoran dalam perut dengan lebih baik. Ia juga bertindak sebagai pencuci darah, selain berfungsi sebagai tonik kepada hati.

Kulit
Meminum air limau dikatakan berfungsi sebagai ubat anti penuaan, serta menghilangkan kedutan.

Gigi
Minum air limau dapat mengurangkan rasa sakit gigi. Perahan jus limau pula dikatakan dapat menghentikan pendarahan pada gusi. Selain itu, meminum air limau memang dapat membantu mulut anda untuk berbau lebih segar.

Darah tinggi
Khasiat yang terdapat pada limau dikatakan dapat membantu untuk mengawal tekanan darah tinggi, selain rasa pening dan mual.

Berat badan
Rutin meminum air limau dapat membantu untuk mengurangkan berat badan dengan lebih cepat. Ia akan menjadi lebih baik jika dicampurkan bersama madu asli, dan dihidangkan ketika masih panas.

Demam
Air limau dapat membantu untuk mengurangkan selsema dan demam, dengan meningkatkan penghasilan peluh.

Baca artikel: Hapuskan masalah mulut berbau yang memalukan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!