Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

perkara perlu dilakukan pada telefon pintar

6 perkara yang perlu dilakukan pada telefon pintar

Pada masa dahulu, telefon bimbit hanya digunakan untuk membuat dan menjawab panggilan sahaja. Kemudian ia berkembang semakin maju dengan membolehkan penggunaan SMS dan MMS.

Pada hari ini, telefon pintar menjadikan hampir semua orang yang memilikinya mudah untuk berhubung dengan sesiapa sahaja melalui penggunaan internet dan media sosial. Malah ia juga membolehkan anda untuk menggunakan pelbagai jenis aplikasi untuk memudahkan kehidupan seharian.Bolehkah anda bayangkan dunia tanpa telefon anda? Apa yang anda akan lakukan?

Bagi kebanyakan orang, telefon pintar adalah salah satu perkara penting yang harus dimiliki. Untuk memastikan telefon anda mempunyai jangka hayat yang lama, pastikan anda tahu 6 perkara asas yang perlu dilakukan pada telefon pintar.

1. Kemas kini telefon
Telefon pintar anda pasti pernah mengeluarkan notifikasi untuk mengemas kini. Sistem Android dan IOS bukan sahaja mengandungi kemas kini keselematan untuk melindungi telefon anda, tetapi ia juga biasanya merangkumi peningkatan ciri baharu yang akan menjadikan anda lebih mudah untuk menggunakannya.

2. Mula semula (restart)
Ramai yang menggunakan telefon selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan tanpa dimulakan semula, sehingga menjadikan ia semakin perlahan dengan pelbagai aplikasi latar belakang dan data cache yang digunakan. Mengapa tidak menjadikan kebiasaan mingguan untuk memulakan semula telefon anda? Ia sebenarnya cara paling mudah untuk membersihkan semua data cache dan aplikasi latar belakang.

3. Muat turun aplikasi dari sumber tidak selamat
Kita semua mahukan aplikasi yang terbaik dipasang pada telefon. Tetapi janganlah anda memuat turun aplikasi secara haram kerana tidak mahu membayar wang untuk menggunakannya. Kebanyakan aplikasi yang disediakan secara haram ini hanya akan mencuri data peribadi anda, atau lebih buruk lagi akan menempatkan virus atau malware pada telefon anda. Gunakan kedai aplikasi yang disediakan oleh telefon seperti Play Store atau App Store, kerana setiap aplikasi yang disediakan telah diperiksa dan disahkan oleh mereka.

4. Jangan memasang aplikasi untuk menjimatkan bateri
Jangan terlalu percaya pada aplikasi yang mendakwa dapat menjimatkan bateri telefon anda. Aplikasi ini hanya memadamkan aplikasi yang sedang beroperasi di latar belakang. Hakikatnya ia hanya memberi lebih banyak beban kepada bateri anda sahaja. Biarkan telefon anda menguruskan sendiri semua aplikasi yang terdapat padanya.

5. Jangan muat turun aplikasi palsu atau klon
Hanya muat turun aplikasi yang tulen sahaja. Kebanyakan aplikasi palsu atau klon hanya memberikan beban yang berlebihan kepada telefon anda. Ia juga sekaligus akan menjadi bateri telefon anda tidak dapat bertahan lebih lama.

6. Jangan muat turun aplikasi antivirus
Memuat turun aplikasi antivirus pada komputer adalah idea yang baik untuk dilakukan, tetapi tidak pada telefon. Selagi anda memuat turun aplikasi dari sumber yang dipercayai, anda tidak perlu memasang aplikasi antivirus pada telefon. Anda pastinya tidak mahu menambahkan beban tambahan pada pemproses telefon, kerana ia semestinya akan mengurangkan jangka hayat bateri.

Baca artikel: 7 sebab kenapa anda perlu kurangkan bermain telefon pintar

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!