Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

bahan dari dapur untuk putihkan gigi

Gunakan bahan dari dapur untuk putihkan gigi

Semua orang impikan gigi yang putih dan bersih, tetapi ramai yang takut berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan rawatan. Namun tahukah anda bahawa terdapatnya beberapa bahan dari dapur yang boleh digunakan untuk putihkan gigi?

Berikut disenarai 6 bahan yang boleh anda perolehi dari dapur untuk putihkan gigi;

bahan dari dapur untuk putihkan gigi
Kacang
Untunglah sesiapa yang gemar memakan kacang. Ia kerana kacang dapat membantu untuk menghilangkan plak pada gigi. Tetapi jangan pula anda makan kacang tersebut secara berlebihan.

bahan dari dapur untuk putihkan gigi
Baking soda & garam
Ini adalah cara yang paling mudah dan murah. Anda hanya perlu mencampurkan baking soda dan garam, bersama sedikit air. Kemudian berus gigi anda dengan sebatian tadi, seperti mana anda menggunakan ubat gigi. Tetapi ia mengambil sedikit masa setelah anda menggunakannya beberapa kali untuk mendapatkan gigi yang putih.


Epal
Epal merupakan sejenis buah yang berasid. Kesan kotoran pada gigi dapat dibersihkan jika memakan buah epal.


Strawberi
Strawberi mengandungi vitamin C, yang sangat berkesan untuk menghilangkan kekuningan pada gigi. Tumbuk beberapa buah strawberi sehingga hancur dan sapukannya pada gigi, sebelum dibiarkan beberapa minit dan meludahkannya. Tetapi anda digalakkan untuk melakukannya seminggu sekali sahaja, kerana pemutihan berlebihan boleh merosakkan enamel gigi.


Saderi
Jus yang terdapat pada saderi dapat merangsang kelenjar air liur, dan membantu untuk membersihkan mulut. Menggigit batang saderi pula dapat menguatkan gusi.


Lemon
Sejenis buah yang tinggi kandungan asid. Perah jus lemon dan minum, kemudian gosok gigi anda dengan menggunakan hirisan kulit lemon tersebut.

Baca artikel: Hapuskan masalah mulut berbau yang memalukan


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter & Instagram.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!