Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Perikatan Nasional

Menunjukkan kelemahan parti sendiri adalah lebih buruk daripada menunjukkan kelemahan diri sendiri – Cooper Khoo

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) sepatutnya memahami perjuangan sendiri dan dasar polisi Malaysia. Namun sesetengah pemimpin kelihatan tersasar daripada hala tuju negara dan selalu bertentangan dengan arus perjuangan PN.

Isu pengiktirafan sijil UEC adalah begitu jelas dan muktamad. Banyak faktor sememangnya tidak memihak kepada pengiktirafan sijil UEC.

PN mengambil arus pandangan yang sama dengan rakyat Malaysia, iaitu mengiktiraf kewujudan UEC di Malaysia sebagai salah satu pilihan pendidikan, seperti institusi pendidikan swasta yang lain. Perkara ini turut disambut baik oleh lembaga UEC sendiri, dimana mereka menikmati kebebasan dalam segala skop pembelajaran dan pengajaran tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan.

Pelajar UEC juga mempunyai hala tuju tersendiri, dan hasrat mereka adalah meneruskan pembelajaran di luar negera. Sebenarnya, suara pelajar dan lembaga UEC yang menuntut pengiktirafan sijil mereka  adalah tidak sekuat suara pihak luar yang sering mempolitikkan isu ini, khususnya Pakatan Harapan.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Namun Oh Tong Keong selaku Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia tidak begitu bijak dalam memahami perkara tersebut, dan terikut-ikut irama politik Pakatan Harapan dengan memberi kritikan serta cadangan yang tidak bernas, tanpa disokong fakta.

Dasar pendidikan kita hanya satu, dan tidak mungkin terpecah kepada dua. Sekiranya nak kebebasan dalam menentukan sistem pembelajaran sendiri, dan pada masa sama ingin menuntut pengiktirafan sijil daripada kerajaan, jawapan adalah TIDAK mustahil.

Oh Tong Keong harus bermuhasabah dan janganlah menyalak di pokok yang salah. Jangan ingin menjadi hero di sebelah pihak sahaja, tetapi akhirnya gagal di semua pihak.

Menunjukkan kelemahan parti sendiri adalah lebih buruk daripada menunjukkan kelemahan diri sendiri dalam arena politik ini.

Oh Tong Keong sebagai Timbalan Presiden juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi PN, haruslah selalu bermuafakat dengan rakan seperjuangan dan janganlah berjalan berseorangan serta jahil terhadap undang-undang sedia ada.

Kalau nak buat kenyataan syok sendiri, ia boleh dilakukan di kedai kopi atau mana-mana tempat, tetapi bukan di Parlimen dan DUN.

Bila dalam mesyuarat macam diam-diam berisi, tetapi hanyalah tin kosong ketika di luar mesyuarat. Jika tidak bersetuju dengan hala tuju Perikatan Nasional, lebih baik jika Oh Tong Keong meletakkan jawatannya dalam PN.

Cooper Khoo
Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Kepong

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!