Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Saudagar Santai Group

Majlis pelancaran SSG sebagai pengguna dan peserta ‘affiliate’ Ricabot

Semalam berlangsungnya majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Saudagar Santai Group (SSG) dan Ricabot sebagai pengguna dan peserta affiliate Ricabot.

MoU tersebut telah ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas SSG, YBhg Dato’ Ismael Ibrahim dan Pengarah Pemasaran Ricabot, Mr Tan Wai Yik @ Desmond yang berlangsung dengan jayanya di Dash Box Hotel Ballroom, Cyberjaya.

Saudagar Santai Group

Turut diperkenalkan pada majlis MoU itu adalah penampilan khas ratu rock negara, Ella yang akan dilantik sebagai duta SSG bagi menjayakan program Road Tour – Rock Of Crypto. Ini adalah siri program berbentuk hiburan dan konsert yang akan menjelajah ke seluruh negara termasuk Sarawak.

Ella juga akan melancarkan program cabutan bertuah untuk 1,000 orang pertama yang menyertai program ini. Bagi mendapatkan makluman dan perkembangan lanjut, boleh layari laman media sosial SSG – Saudagar Santai Group.

Sementara itu, matlamat utama Rock Of Crypto adalah untuk mempromosikan Revolusi Industri 5.0 khususnya yang berkait dengan konsep Digital Asset (Cryptocurrency).

Hari ini, wang digital dianggap trend transaksi baharu bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Ia kini dianggar mempunyai transaksi lebih daripada 100 bilion sehari. Jadi, satu kerugian jika rakyat Malaysia ketinggalan dalam mempelajari tentang ilmu dan peluang yang ada dengan pasaran matawang Kripto.

Pada majlis tersebut juga, Dato’ Ismael, yang juga Pengasas SSG telah memberikan penerangan lanjut berkenaan peranan matawang Kripto, khususnya yang berkaitan peluang pasaran serta keuntungan yang boleh diraih dari palaburan ini.

Ricabot di bawah Mr Desmond pula adalah platform yang dipilih oleh SSG untuk dipromosikan sebagai pengguna dan peserta affiliate. Bagi mereka yang ingin berdagang matawang digital (Kripto), adalah disarankan untuk melakukan urusan jual beli dengan menggunakan platform ini.

Sebarang makluman dan pertanyaan, boleh hubungi mereka di talian 017-917 7022 (Marry Anak Luju) atau 011-5760 4921 (Ikhwan).

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!