Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Yee Mee Ayam Panggang

Yee Mee Ayam Panggang

Bahan-bahan:

  • Yee Mee – 4 sanggul
  • Bawang putih – 6 ulas
  • Cendawan shitake – 200 gram
  • Lobak merah – 200 gram
  • Pak choy – 300 gram
  • Tepung jagung – 2 sudu besar
  • Halia – 1 sentimeter
  • Stok ayam – 1 liter
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Lada sulah – secukup rasa
  • Minyak kacang – secukupnya
  • Telur ayam – 1 biji
  • Sos tiram – 400 gram
  • Dada ayam – 4 ketul
  • Madu – 100 gram
  • 5 serbuk rempah – 90 gram
  • Minyak bijan – 1 sudu besar

Baca artikel: Magis halia yang sangat mengagumkan terhadap kesihatan

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan ayam sebelum digaul bersama 200 gram sos tiram, madu, 5 serbuk rempah, minyak bijan dan gula secukup rasa.
  2. Bakar ayam tersebut di dalam ketuhar selama kira-kira 30 minit pada suhu 180º celsius.
  3. Asingkan ayam telah siap dibakar ke tepi.
  4. Panaskan minyak kacang ke dalam kuali sebelum memasukkan bawang butih yang telah siap dikisar bersama halia yang telah dihiris nipis.
  5. Masukkan cendawan shintake dan biarkan seketika sehingga bahan-bahan di dalam kuali menjadi sedikit garing.
  6. Masukkan sedikit air bersama 200 gram sos tiram.
  7. Masukkan lobak merah yang telah siap dihiris.
  8. Masukkan pak choy yang telah siap dipotong kira-kira 1 inci.
  9. Biarkan seketika selama kira-kira 1 minit.
  10. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan.
  11. Masukkan stok ayam, garam, gula dan lada sulah.
  12. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  13. Pecahkan telur ke dalam kuah dan biarkan seketika hingga telur masak sebelum memadamkan api.
  14. Letakkan yee mee ke dalam mangkuk sebelum menuang kuah yang telah siap dimasak tadi.
  15. Hidangkan bersama ayam yang telah siap dibakar.
  16. Yee Mee Ayam Panggang siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!