Seorang rakan yang baru sahaja selesai membuat ujian covid-19 telah mengunjungi Wayne Rooney baru-baru ini, sebelum dirinya disahkan positif.
Menurut laporan akhbar The Sun, bekas kapten England yang kini menjadi jurulatih dan pemain bersama pasukan Derby berasa gelisah, setelah seorang usahawan bernama Josh Bardsley mengunjunginya di rumah pada hari Khamis lepas untuk menghadiahkan seutas jam tangan mewah.
Akhbar The Sun itu turut menyatakan, Bardsley yang baru sahaja selesai membuat ujian saringan covid-19 itu seharusnya mengasingkan diri sehingga keputusan ujian dikeluarkan.
Rooney yang tidak mengetahui mengenai Bardsley yang berisiko dengan covid-19 ketika itu, telah bermain bersama pasukan Derby ketika tewas menentang Watford pada Jumaat lepas.
Menurut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan England, sesiapa sahaja yang berhubung dengan orang yang telah diuji positif harus mengasingkan diri selama 14 hari.
Pengurusan Rooney pula berkata, pemain berusia 34 tahun itu berasa marah dan kecewa dengan tindakan Bardsley. Ia kerana dirinya, keluarga dan keseluruhan pasukannya berhadapan risiko disebabkan oleh individu yang melanggar peraturan.
Kini seluruh pasukan Derby dan Watford, bersama staf sokongan mereka harus menjalani ujian saringan covid-19.
Baca artikel: Rakyat United cari pemain untuk saingan Liga Super / Liga Perdana?

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Messi atasi rekod Pelé
Robert Lewandowski menangi anugerah FIFA sebagai Pemain Lelaki Terbaik 2020
Schumacher juara F2 2020