Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Bahan-bahan:

  • Urad dal – 2 cawan
  • Cili hijau – 5 tangkai
  • Bawang merah – 1 ulas
  • Halia parut – 1 sudu teh
  • Hing – secubit
  • Daun kari – 1 tangkai
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Rendam urad dal di dalam air panas selama kira-kira 2 jam.
  2. Kisar urad dal yang telah siap direndam bersama sedikit air untuk dijadikan pes.
  3. Hiris cili hijau dan bawang merah sehingga halus.
  4. Gaulkan urad dal yang telah siap dikisar bersama hirisan bawang merah, cili hijau, halia, daun kari, hing dan garam hingga sebati.
  5. Gunakan sarung tangan plastik untuk mengambil adunan tadi dan dibentuk menjadi bebola.
  6. Leperkan sedikit dan lubangkan di bahagian tengahnya.
  7. Panaskan minyak masak ke dalam kuali sebelum menggoreng adunan tadi.
  8. Vadai siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Khasiat daun kari yang tidak diketahui ramai

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!