Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

UTC tidak lagi beroperasi sehingga 10 malam

Bermula 1 Januari 2019, UTC (Urban Transformation Centre/Pusat Transformasi Bandar) akan mengubah waktu operasi sehingga jam 7 malam sahaja berbanding 10 malam sebelum ini. Namun begitu, UTC tetap akan beroperasi pada setiap hari, kecuali pada hari cuti umum persekutuan/negeri.

Arahan terbaru yang dikeluarkan ini juga boleh disifatkan sebagai langkah ke belakang yang dilakukan oleh kerajaan sekarang. Malah ia turut menimbulkan rasa kurang senang masyarakat, kerana ia bakal mengakibatkan kesukaran untuk berurusan dengan mana-mana jabatan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan di UTC.

Diharap kerajaan akan terus kekal komited untuk memberikan perkhidmatan dan kemudahan kepada rakyat. Jangan sehingga rakyat perlu menunggu sehingga berjam untuk berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan yang terdapat di UTC.

UTC

 

*Setiap perkara yang baik seharusnya diteruskan, manakala yang buruk harus dihentikan.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!