Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Udang Masam Manis

Udang Masam Manis

Bahan-bahan:

  • Udang – 400 gram
  • Bawang merah – 80 gram
  • Bawang putih – 50 gram
  • Halia – 60 gram
  • Timun – 100 gram
  • Tomato – 90 gram
  • Lobak merah – 100 gram
  • Sos cili Thai – 60 gram
  • Sos tomato – 30 gram
  • Bawang besar – 100 gram
  • Jus limau – 60 mililiter
  • Gula – 25 gram
  • Garam – secukup rasa
  • Serbuk kunyit – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Baca artikel: 6 manfaat terhadap kesihatan apabila minum air limau

Cara menyediakan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Timun, tomato dan lobak merah dipotong dadu sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Bersihkan udang dan buang kulitnya.
  4. Gaulkan garam tersebut bersama garam dan serbuk kunyit secukup rasa sebelum diasingkan ke tepi.
  5. Panaskan minyak masak ke dalam kuali.
  6. Tumis bahan yang telah siap dikisar tadi sehingga garing.
  7. Masukkan sos cili Thai dan sos tomato.
  8. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  9. Masukkan timun, tomato dan lobak merah yang telah siap dipotong dadu tadi.
  10. Gaulkan semua bahan dan biarkan sehingga mendidih.
  11. Masukkan udang dan bawang besar yang telah siap dihiris nipis.
  12. Biarkan sehingga udang masak.
  13. Perasakan dengan jus limau, gula dan garam.
  14. Udang Masam Manis siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!