Seorang jutawan tidak akan berjaya jika mengamalkan perkara yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang. Mereka perlu mengubah gaya hidup dan menjadikannya sebagai disiplin harian.
Jika anda mahu berjaya seperti seorang jutawan, anda harus meniru setiap perkara baik yang diamalkan oleh mereka.
Bangun awal
Orang yang bangun pada awal pagi biasanya akan lebih sihat dan ceria. Amalan bangun pada awal pagi ini juga memberikan anda lebih masa untuk melakukan aktiviti harian.
Mulakan dengan perkara sukar
Jika anda memulakan hari dengan perkara yang paling sukar, perkara seterusnya yang akan berlaku pastinya menjadi lebih mudah sepanjang hari tersebut. Ia juga akan menjadikan anda lebih bersemangat untuk menyelesaikan masalah seterusnya.
Mandi air sejuk
Mulakan hari anda dengan mandi air sejuk pada awal pagi. Ia bertujuan untuk menyegarkan badan kita supaya bersedia melakukan akitiviti harian.
Bersenam
Senaman adalah amalan yang bagus untuk membakar lemak dan menjadikan kita kekal sihat. Malah ia juga dapat membantu kita untuk kekal fokus. Senaman selama 30 minit sehari adalah lebih bagus daripada tidak bersenam langsung.
Bersyukur
Amalan bersyukur dapat menjadikan kita kekal positif. Ia kerana orang yang positif akan mendapati lebih mudah untuk menghadapi cabaran harian mereka.

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
10 tanda kucing sayangkan anda
Rahsia pada rekaan pakaian yang tidak diketahui ramai
Kenapa bermain dengan anak patung adalah penting untuk kanak-kanak?