Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

tidur

Tip untuk memudahkan anda tertidur

Anda mengalami masalah untuk tidur atau insomnia? Tapi apakah yang boleh dilakukan untuk memudahkan diri tertidur? Ikuti tip-tip berikut yang mungkin membolehkan anda untuk mendapatkan rehat yang mencukupi pada waktu malam.

Tarik nafas (menggunakan lubang hidung kiri)
Menurut amalan orang-orang tua, bernafas melalui lubang hidung kanan menjadikan kita merasa bertenaga dan bermotivasi, sementara bernafas menggunakan lubang hidung kiri akan menjadikan kita lebih tenang. Oleh itu, ambil sedikit masa sebelum tidur untuk menarik nafas panjang menggunakan lubang hidung kiri.

Mandi air panas
Selain dapat menyegarkan badan, mandi air panas juga dapat membantu kita untuk tidur. Ia kerana penurunan suhu badan selepas mandi air panas tersebut, dan dibantu oleh udara sejuk yang berada di sekitar untuk melancarkan proses tidur.

Bilik gelap
Bilik yang gelap juga boleh memudahkan seseorang untuk melelapkan mata. Cahaya yang dihasilkan oleh barangan elektronik seperti lampu, televisyen dan telefon pintar akan menyebabkan mata anda sukar untuk berehat.

Muzik
Mendengar muzik yang menenangkan dengan perlahan boleh menenangkan fikiran dan memudahkan kita untuk melelapkan mata. Ia kerana muzik tersebut dapat mengelakkan kita untuk berfikir mengenai masalah seharian kita, dan menjadikan otak lebih tenang.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!