Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Featured Video Play Icon

Tiket wayang percuma sempena ‘Hari Wanita’

Berita baik untuk golongan wanita. TGV Cinemas akan memberikan tiket wayang percuma sempena ‘Hari Wanita’ pada 8hb Mac 2019 ini.

Tiket yang diberikan itu adalah untuk tayangan filem adiwira Captain Marvel yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 6hb Mac 2019.

Anda boleh mendapatkan tiket percuma tersebut di kaunter TGV Cinemas yang terdapat di seluruh negara bermula jam 10 pagi, pada 8hb Mac 2019 sementara tiket masih ada (Siapa cepat, dia dapat).

Manakala waktu tayangan untuk tiket percuma tersebut adalah pada jam 8 malam, pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada terma & syarat untuk mendapatkannya. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Hanya untuk wanita sahaja.
  • Setiap orang hanya boleh mendapatkan satu tiket.
  • Hanya untuk tayangan filem Captain Marvel pada tarikh 8hb Mac 2019.

Layari laman sesawang www.tgv.com.my untuk maklumat lanjut.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!