Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Tanda-tanda anak anda dibuli atau membuli

Mereka yang sering dibuli pasti akan mengalami tekanan perasaan, malah mungkin menjadi orang yang pendiam dan gemar menyendiri. Tetapi bagi golongan kaki buli, mereka mungkin menjadi lebih nakal dan liar ketika dewasa jika tingkah laku mereka dibiarkan begitu sahaja.

Bagi golongan ibu bapa, kita harus lebih peka terhadap tingkah laku anak-anak kita. Jangan biarkan anak-anak kita dibuli atau membuli rakan-rakan mereka.

Tanda-tanda anak anda dibuli

  • Kecederaan yang tidak diketahui puncanya.
  • Sering mengalami kerosakan terhadap pakaian, barangan elektronik atau pakaian.
  • Kerap sakit.
  • Sukar tidur & mimpi ngeri.
  • Pelajaran merosot.
  • Kurang bersosial.
  • Mengalami tekanan perasaan.

Baca artikel: Hindari tekanan perasaan jika tidak mahu perkara ini terjadi!

Tanda-tanda anak anda seorang pembuli

  • Sering bertengkar dan bergaduh.
  • Mempunyai rakan yang gemar membuli.
  • Semakin agresif.
  • Sering dipanggil guru disiplin.
  • Memiliki wang dan barangan yang tidak diketahui sumbernya.
  • Suka menyalahkan orang lain atas kesilapan sendiri.
  • Gemar bersaing dan risaukan reputasi dan populariti dirinya.

 

Bantu kanak-kanak/remaja yang dibuli
Jangan biarkan anak-anak kita terus dibuli. Sering berbual dengan mereka untuk mengetahui apakah masalah yang dihadapinya. Jika boleh, berhadapan dengan pembuli tersebut bersama keluarga mereka untuk menyelesaikan masalah anak-anak kita.

Komunikasi
Luangkan sekurangnya 15 minit sehari bersama anak-anak untuk mendengar cerita dan masalah mereka. Anak-anak pasti akan terus melaporkan sebarang perkara yang tidak elok, jika mereka berasa selesa untuk berbual dengan kita.

Galakkan untuk saling menyayangi
Tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak jika tidak mahu mereka menjadi seorang pembuli. Bagaimana kita bergaul dan melayan saudara-mara serta rakan-rakan kita pasti akan dicontohi oleh anak-anak. Ia kerana ibu bapa merupakan mentor semula jadi untuk kanak-kanak.

Jom bersama-sama kita hentikan buli!

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!