VAR LIVE merupakan taman tema Virtual Reality (VR) terbesar di Malaysia.
Menurut CEO VAR LIVE Global Limited, Steve Ngu, syarikatnya telah melaburkan sebanyak RM6 juta untuk membina taman tema tersebut. Anda bayangkanlah kemeriahan permainan yang boleh didapati dengan nilai RM6 juta itu.
VR atau realiti maya ialah permainan komputer yang dimainkan dengan lebih interaktif dalam persekitaran simulasi.
Dengan keluasan 929 kaki persegi, semestinya ia menawarkan pelbagai jenis permainan yang boleh anda cuba. Malah syarikat VAR LIVE Global Limited juga berharap untuk menyediakan 3-4 jenis permainan baharu setiap tahun untuk menarik minat pengunjung baharu.
Yang paling penting, mereka sentiasa menawarkan harga diskaun dan promosi istimewa kepada para pelanggannya dari semasa ke semasa.
Lokasi: Tingkat 2, MyTown Shopping Centre.
Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam.
Layari laman Facebook VAR LIVE untuk maklumat lanjut.

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Tarikan luar biasa Taman Negara Mulu
Nikmati udara sejuk di Air Terjun Serendah
Jom berkhemah di Taman Eko Rimba Komanwel