Bidang muzik yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan anggota kumpulan Tale Of Six Soulmate (TOSS) membuatkan mereka menerobos dunia seni dengan cara tersendiri walaupun sudah memiiki kerjaya tetap.
Bagi mereka, apa sahaja boleh dilakukan asalkan ada kehendak yang ditambah dengan minat serta usaha. Lantas, hal itu membuatkan mereka hadir dengan lagu PENCIPTA RASA yang berentak pop alternatif untuk diperdengarkan.
Berpangkalan di Johor Bahru, mereka sering menghabiskan masa bersama untuk menikmati muzik dengan cara tersendiri. Walaupun ada kala kekangan masa menjadi halangan, kali ini masing-masing mengorak langkah mahu lagu tersebut sampai ke telinga penikmat muzik.
PENCIPTA RASA yang sebenarnya merupakan hasil kreatif Zali selaku ketua kumpulan sebenarnya lain daripada yang lain. Jika diamati melodi yang dihasilkan, mereka sebenarnya memberikan penekanan khusus kepada bunyi setiap satu alat muzik yang digunakan.
Tidak sekadar mahu memberikan penekanan vokal Athul yang menjadi satu-satunya bunga di dalam TOSS, soal muzik juga tidak dipandang rendah memandangkan mereka mempunyai anggota yang lengkap.
Sudah pasti bunyi yang terhasil juga ada kelas tersendiri memandangkan masing-masing sudah berpengalaman bermain muzik namun tidak ke hadapan seperti kumpulan popular yang lain.
Mengimbas kembali perjalanan awal TOSS, kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Zali, Athul dan Yazid sahaja. Namun dek kerana mahukan karya mereka diterima membuatkan masing-masing perlu menambah anggota baharu bagi melengkapkan line up.
Pemilihan Pudin, JM dan Boy yang mempunyai pengalaman tersendiri memperkuatkan lagi kumpulan ini. Mengakui masih mencari keserasian setiap kali melakukan persembahan, perkara itu bukan masalah besar memandangkan itu adalah proses utama apabila menyatukan enam kepala dalam satu kumpulan.
Menariknya, mereka tidak terus merakamkan lagu tersebut tetapi diperdengarkan dahulu kepada lebih 50 rakan-rakan terdekat yang akhirnya memberikan maklum balas positif kepada lagu tersebut.
Kini band badan beruniform ini bernaung di bawah label Sheikh Qalam Records Sdn Bhd.
Baca artikel: Doa Dari Kami – Bunyamin

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
Siri konsert maya #LiveKatRumah bersama ikon muzik tempatan
6 selebriti antarabangsa berketurunan Asia
8 selebriti popular yang berjaya pecahkan rekod dunia Guinness