Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Stew Daging Kambing

Stew Daging Kambing

Bahan-bahan:

  • Daging kambing – 500 gram
  • Kulit kayu manis – 1 batang
  • Bunga cengkih – 4 kuntum
  • Bunga lawang – 3 kuntum
  • Buah pelaga – 3 biji
  • Bawang merah – 3 biji
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Tepung jagung – 2 sudu
  • Kentang – 3 biji
  • Lobak merah – 1  batang
  • Tomato – 1 biji
  • Garam – secukup rasa
  • Air – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Masukkan daging kambing, kulit kayu manis, bungan cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ke dalam periuk bersama air.
  2. Masak sehingga mendidih dan daging kambing menjadi lembut.
  3. Masukkan kentang dan lobak merah yang telah dipotong dan biarkan sehingga ia menjadi lembut.
  4. Masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah yang telah siap ditumis.
  5. Masukkan tepung jagung dan garam.
  6. Kacau semua bahan hingga menjadi sebati.
  7. Masukkan tomato yang telah dibelah empat dan biarkan seketika.
  8. Stew Daging Kambing siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Petua hilangkan bau hamis kambing

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!