Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Skuad remaja negara mulakan langkah menentang Kemboja pada Kejohanan AFFU22

Pasukan Malaysia yang diundi dalam kumpulan B bersama Kemboja, Indonesia dan Myanmar bakal memulakan langkah mereka dalam Kejohanan AFFU22 (AFF bawah 22 tahun) menentang Kemboja pada jam 7.30 malam ini.

Walaupun hadir sebagai pasukan ‘underdogs‘, skuad B-22 negara tetap diramal mampu untuk memberikan kejutan.

Tiada sasaran dan objektif yang ditetapkan. Kita pergi untuk mendapatkan pendedahan dan meraih keputusan yang baik. Kita juga pergi untuk memantapkan lagi pasukan menjelang kelayakan #AFCU23 2020 nanti. – Datuk Ong Kim Swee

Kejohanan AFFU22

Perlawanan kedua pasukan Malaysia pada kejohanan ini ialah menentang Indonesia pada 20 Februari 2019, jam 4.30 petang. Manakala perlawanan ketiga menentang Myanmar bakal berlangsung pada 22 Februari 2019.

Sumber gambar: Twitter Team Malaysia

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!